Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Disember 2013

Solat yang tek perlu Iqamah

SOLAT TAK PERLU IQAMAH

Dhuha,

Solat sunat sebelum atau selepas solat fardu

*Tahiyatul masjid*


Hanya lafaz 'Assola tu qairum minan naum

Solat hari raya Aidil Adha dan Aidil Fitri

Solat Gerhana
Rasulullah hanya seru bersolat, kemudian baginda bangun mengimamkan


Solat Jumaat


1 azan dan 2 iqamah untuk solat jamak

Makruh dalam solat

MAKRUH DALAM SOLAT


Memalingkan muka/kepala 
(Jika dada/badan, batal solat)

Tahan Kencing/kentut/mengantuk/makan

Makan jika telah dihidangkan bertemu waktu azan
- jaga hati og menyediakan makanan
- elak tak khusuk kerana lapar
- jika makan akan sejuk atau rosak
- Jangan makan dengan gelojoh mengajar solat jemaah

Melihat ke langit
(Batal jika berturut-turut lebih dari 3 kali)

Solat dengan baju bercorak yang boleh mengasyikkan

Sujud dengan kedua belah tangan seperti singa

Cekak pinggang atau berpeluk tubuh

Solat dan Najis



Jika kena najis kering, tanggalkan dengan segera
(jika lama menanggung najis, batal solat)

Jika darah pada baju, Rasulullah kata;
"basuh, jika masih ada dimaafkan"


Sabtu, 30 November 2013

Aku

Ya Allah
andai itulah takdir,
berilah aku kekuatan
agar aku gembira
dengan apa yang engkau suka takdirkan untukku

Ahad, 24 November 2013

Penyusuan 2 tahun

PENYUSUAN ANAK

Surah Al-Baqarah
(2;223)
 وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌۭ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦ ۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍۢ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍۢ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِ ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ

"And mothers suckle their children full two years; it is for one who wants to complete the (period of) suckling. And on him, to whom the child is born, falls the provision of food and clothing for them (the mothers) with fairness. Nobody is obligated beyond his capacity. No mother shall be made to suffer on account of her child, nor a man to whom the child is born, on account of his child. And on the heir it falls likewise. Now, if they want to wean, with mutual consent, and consulation, there is no sin on them. And if you want to get your children suckled (by a wet-nurse), there is no sin on you when you pay off what you are to give, as recognized. And fear Allah and be sure that Allah is watchful of what you do." 

(2:233) 



TAFSIR AYAT

Ulamak-ulamak AL-Azhar

Pendapat Ulamak-ulamak Al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-

Quran al-Karim’

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga 

kemaslahatan bayi”.



Al-Imam Ibnu Kathir

 al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:

‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan 

penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah 

tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.





Ibnu Taimiyyah

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:

‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) 

menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih

dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 

tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa 

beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.




Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah

tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih 

sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-

kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang 

menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu 

meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. 

(Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).


Adakah boleh menyusu lebih dari 2 tahun?

Imam Al-Qurtubi

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:

والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين

‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak 

memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.


Al-Imam Ibnu Al-Qayyim

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-

Maulud:

ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره

‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada setengah 

daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’




Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:

إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز 

للأم أن تستمر على 

إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه

‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak

 sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu 

menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak

 kemudaratan.’


Sheikh Dr Wahhab Az-Zuhaili
Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di 

dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:

فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة

‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia

 tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.


Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, 

maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS 

dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci 

yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah 

bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi 

maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.


Wallahu A'lam."

Sources;
Tuan @Syed Shahridzan

Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan TVAlhijrah, 














Bersuci dari Anjing dan Khinzir

MEMBERSIHKAN DARI JILATAN ANJING

Hadith Sahih,

Baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud;

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).


Ada juga riwayat menyebut :-

'salah satu dengan air tanah' dan

ada riwayat mengatakan jumlah basuhan semua 8 termasuk air tanah



Pendapat Imam Al-Shafie

1. Bila anjing jilat bekas basuh 7 kali 
   (1 kali dengan air tanah)

2. Imam shafie mentafsirkan perkataan 'jilat' membawa maksud        'basah' (maksudnya jika basah pun kena samak juga)

3. Mentafsirkan hadith ini terpakai untuk babi sekali
   (mentafsirkan hukum samak ke atas babi sama seperti anjing)

4. Tidak beri alasan kenapa menyamakan anjing dan babi



Mazhab Lain

1. mentafsirkan maksud 'jilat' tak sama dengan 'basah'.

2. Bukti scientific menyatakan :-
   a) Jilatan Anjing mempunyai bekteria (pada air liur anjing)
   b) Basah terkena anjing tidak mempunyai bekteria
      (tiada bekteria pada kulit anjing yang normal)

3. Kalau pegang basah tak perlu samak 

4. Jilat perlu samak



Zaman Nabi

1. Anjing keluar masuk masjid, berdasarkan hadith berikut;-
   
      "Batal (terputus) solat seseorang kamu jika (telah lalu            dihadapan kamu) seorang wanita, seekor keldai atau anjing"


2. Menunjukkan anjing kadangkala lalu di dalam masjid ketika        orang sedang solat.



Pendapat Imam Al-Nawawi

1. Menyokong pendapat Mazhab yang mengatakan bahawa anjing tak      sama dengan khinzir lebih kuat dari segi dalil.

2. Najis khinzir tak perlu samak, kerana tidak menganggap hadis      tersebut terpakai hanya untuk anjing sahaja.



Imam Malik

1. Hadis basuh jilatan tak terpakai

2. Hadis untuk panduan sahaja
   (nak buat boleh, tak buat pun boleh)

3. Kerana menganggap bercanggah dengan ayat anjing buruan seperti    yang disebut dalam Surah Al-Maidah.

4. Hadis bab jilatan mungkin tersalah riwayat atau perbuatan ini
   hanya digalakkan, bukan diwajibkan oleh Baginda Rasulullah saw



NOTED

Surah Al-Maidah, ayat 4

Kajian mendapati gigitan anjing buruan tidak menghasilkan virus, berbeza dengan gigitan untuk di makan oleh anjing tersebut.

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)



Surah Al-Kahfi, ayat 18

“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18)



Hadis riwayat Al-bukhari
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sources;
Ust Asri Zainal Abidin

References;
http://drmaza.com/home/?p=2449



























Ahad, 17 November 2013

ibunya mimpi syahadah




  seoang guru geografi mengajar dan sering mengaitkan dengan Al-Quran sehingga pada suatu hari, anak muridnya bertanya "cikgu mengajar Agama Islam atau Geografi"

dia menjawab aku "I teach u both"

seorang guru cina sering lalu, kemudian tertatarik dan mencuri dengar selama 4 bulan akhirnya dia masuk Islam

akhirnya guru cina bertanya what is this relation with al quran

akhirnya masuk Islam

dilarang jumpa dengan keluarga, tapi tak,
dia sering jumpa keluarga dan akhrinya di pulaukan oleh kuluarga, bila ayah makan, dia ikut makan, ayahnya tinggalkan tmpt makan

(Abdul Ibnu mas'ud baca Quran depan kaabah akhirnya disiksa)


akhirnya bapanya sakit, semua org tinggal, hanya dia seorang di ICU menjaga,

bila bapa buka mati dia, cakap

daddy follow what i say

every day till 3 consecutive days istiqamah 

proses pengurusan jenazah cara chinese 

malam mak dia mimpi, bapanya berada di dalam taman indah
mengucapkan syahadah,

dia panggil anaknya, bertanya apakah yang kau lakukan pada bapa

aku jumpa dia dalam taman yang sangat dahsyat tak boleh diceritakan 

dia menjwab mengajar bapa bersyahadah, terkejut si ibu dan berkata itulah yang ibu dengar

akhirnya semua adik bradiknya masuk islam,

selepas 5 tahun mberjaya mengislamkan 45 orang
kita selepas 30 tahun, nak masuk menyertai majlis ilmu pun malas