Cari Blog Ini

Isnin, 21 April 2014

Ust Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Akhlak & Tasawwuf


Sabar...........Benda suka
         ; 
         :...........Benda tak suka
       
Tahan yang tak suka

Tahan benda tak suka

Tidak sabarlah punca berselisih / bergaduh



Nafsu = semua orang nak
:                                                      ...
:......Wanita                                       :
:                                                        :
:...........Harta                                    :..semua orang nak

:                                                        :
:..............Makan (Nafsu perut)         :
                                                      ...:





Ulamak kata;
Sabar = kawal buat atau tinggalkan

Ulamak membahagi kepada 3

1. Sabar & Taat pada perintah Allah

Surah Kahfi ayat 28;

"Sabarkanlah dirimu bersama-sama orang yang
berdoa pada Allah pada masa pagi & petang untuk
harap wajah Allah"

ertinya ;
Kena sabar sekalipun bergaul dengan ulamak sekalipun


.......................................................................................................................

Fadhilat sabar

1. JADI PENYELAMAT

Bila kena masalah
  1.  Sabar
   2. Solat

Disebut sabar dulu, kemudia baru solat kerana:-

1. Sabar lebih penting, sebab nak solat pun kena sabar

2. Senang pun kena sabar, susah pun kena sabar juga


2. SABAR = TARAF NABI

3. SABAR = GANJARAN TAK TEKIRA

Sungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang
yang sabar tanpa ada hisab


4. SABAR KAIT RAPAT DENGAN BERJAYA

5. MENDAPAT KEKUASAAN

6. ALLAH KATA DIA BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR
Innal Allah hamas so birin



,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

1. SABAR DENGAN MUSIBAH

Dunia darul bala / masa untuk dugaan

Dilihat / dikira Allah bagaimana kita mendepani / menyelesaikan
masalah (sabar, tenang, doa, melenting, marahkan Allah etc.)

Allah nak tengok sikap dan perangai kita

Sabar dengan kekurang harta

Kaya tak ada anak,
Tak kaya ada anak
Mana yang lebih baik
(seperti semua sama adil)

"Khabar gembira dari Allah"
itulah yang baik
Siapa yang redha, 
semua akan jadi baik padanya.


Tanda Akhir zaman
"Isteri BERANI minta talak"


2. SABAR DENGAN ANUGERAH ALLAH

Wahai orang-orang beriman, jangan harta dan
anak-anak melalaikan kamu, jika itu terjadi,
maka kamu termasuk dikalangan orang yang rugi


Semakin tinggi kedudukkan,
semakin ramai yang ...... dengki
                                :
                                :.....Nak jatuhkan
                                :
                                :....musuh


3. SABAR UNTUK DAKWAH

Contoh Baginda Rasulullah saw

Orang Taif yang membaling Baginda dengan batu
bukanlah orang dewasa, hanya peringkat kanak-kanak 
dan wanita saja dah memberi tentangan.

Nabi Noh berdakwah 950 tahun, hanya berapa orang yang ikut

Hidup...link.....  Kubur....link....Mahsyar....link.... akhirat


Orang bergaduh seolah-olah dia pandai, tapi
kita kena ingat, ada ilmu sampai pada dia,
tak sampai pada kita, dan ada ilmu sampai 
pada kita tapi tak sampai pada dia,
sedangkan kedua-duanya betul, cuma yang dapat ilmu
tu jenis lain-lain (atau sebenarnya perbezaan pendapat'
ulamak sediaka kedua-kuduanya betul)
                          



...........................................................................................................................


Orang terlanjur berdosa,
Tinggalkan perlahan-lahan.

Sebagaimana dia mula buat dosa
(dengan cara sedikit demi sedikit)
begitulah dia harus tinggalkan
(sedikit demi sedikit)
ust Abdul Razak give the example 



.........................................................


Jangan DEKATI ZINA

Lelaki = tundukkan pandangan

Wanita = jaga kemaluan


Padangan pertama adalah panah syaitan

Orang tanya Baginda Rasulullah saw adakah berdosa?


Kenapa disimbolkan PANAH

Kerana
Panah kalau tertusuk,
dicabut pun sakit,
di tusuk ke dalam pun sakit,

Maknya kalau dah kena,
susah nak buat macammana pun tetap sakit,
keluar / buang @ terima

Yang boleh dipandang adalah
1. Guru & Murid
2. Hakim & Tertuduh
3. Doktor & Pesakit
4. Di pasar (pembeli & penjual)


Seorang lelaki bertemu ulamak dan bertanya;
"bolehkah jelaskan kenapa saya jadi kurang berminat
dengan isteri sayang"

Ulamak : adakah isteri engkau gemuk

Lelaki : tidak

Ulamak : adakah sibuk dengan anak-anak

Lelaki : Tidak, aku punya pembantu menguruskan anak-anak

Ulamak : Kau berminat pada wanita lain?

Lelaki : Tidak

Ulamak : Ada melihat benda lucah?

Lelaki : Ya

Jadi itulah kesannya.


.....................................................................................................................................

Bila nampak orang bermotosikal,
kita bawa kereta, 
nampak seorang perempuan tidak bertudung.

Dalam masa beberapa minit mengenali wanita tersebut,
kita pun menghakiminya dengan memberi pendapat
yang dia bukan seorang wanita yang baik.

(kita selalu menjadi hakim pada orang lain,
tetapi selalu menjadi peguambela pada diri sendiri)

Bagaimana kalau di tempat kerjanya,
semua pekerja tidak bertudung,
jika dia bertudung,
akan nampak pelik dari orang lain,
atau ada apa-apa masalah lain.

Menghukum seseorang dengan penilaian sendiri adalah
perbuatan dosa, walaupun kecil, tapi bagi orang soleh,
ia adalah perkara besar.


................................................................................................


Satu waktu tiada hujan.

Umat Nabi Musa meminta agar Nabi Allah Musa bermunajat pada Allah
agar diturunkan hujan.

Nabi Allah Musa pun memohon doa meminta agar hujan diturunkan
dan mereka menunaikan solat sunat sebanyak 3 kali.

tetapi hujan tetap tidak turun walaupun selepas 3 kali solat.

Allah menjawab permintaan Nabi Allah Musa,
Allah memaklumkan bahawa doa itu tidak akan diperkenankan
kerana ada umat Nabi Allah Musa yang berzina.

Akhirnya Nabi Allah Musa meminta semua umatnya berkumpul.
Nabi Musa meminta agar sesiapa yang berzina, 
membuat pengakuan, supaya semua orang terlepas dari siksa kemarau ini.

Seorang lelaki yang melakukan perbuatan zina itu merasa amat takut 
untuk membuat pengakuan. (kerana ramai orang ketika itu)
Mengenangkan dosanya, akan terus menyebabkan semua makhluk
menerima kesusahan kemarau, maka dia pun merayu dan menangis
pada Allah agar segala perbuatannya diampunkan.

Hanya beberapa detik sahaja Allah telah menerima taubatnya.


.....................................................................................................................................


Aisyah dituduh curang,
Baginda Rasulullah saw hanya berdiam diri.

tetapi

Ketika seorang wanita diaibkan di sempadan negara
(Seorang lelaki Yahudi, mengikat hujung kain seorang wanita,
(yang memakai pakaian yang digulung seperti sari),
Bila wanita itu bangun dari katil, dia berjalan tanpa 
menyedari, hujung kainnya telah diikat pada kaki katil,
maka bila dia berjalan, seluruh kainnya terlondeh,
dia menjadi bogel.
Semua lelaki yang ada di situ ketawa dan mempermain-mainkan
wanita tersebut.

Kemudian seorang lelaki,
datang membantu wanita ini,
Akhirnya lelaki tersebut dibunuh.

Berita ini sampai ke pengetahuan Baginda Rasulullah saw,
beliau menghantar tentera, membela wanita tersebut
dan berperang dengan Yahudi-yahudi tersebut.

ERTINYA:
Rasulullah saw sangat mementingkan
kemuliaan orang Islam, tetapi jika pada dirinya,
Baginda tidak mengambil tindakan.

Sama seperti kes Baginda Rasulullah saw diracun.
Baginda mengampunkan orang yang meracunnya,
tetapi seorang lagi iaitu sahabat Baginda yang sama-sama
memakan racun tersebut, baginda berkata;
"Itu hak warisnya, megampunkan atau tidak,
bukan hakku untuk memberi pengampunan"


Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Akhlak & Tasawwuf



Supaya orang mendengar nasihat kita

1. Buat kita jadi orang penting baginya,
    - Dia perlukan kita, 
    - Dia selesa dengan kita

2. Nasihat untuk kebaikan,
    bukan
    untuk salahkan dia
    atau
    cari kesalahannya
    e.g. ada orang menggunakan Al-Quran
    dan hadith untuk menyalahkan orang
    (salahguna ayat Al-Quran 7 Hadith)

3. Fahamkan dia, 
    Nasihat yang diberi tu untuk kebaikan dia

4. Tunjuk tauladan
     Ulamak kata;
     "Bahasa perbuatan itu
      lebih berkesan dan bahasa ucapan"


Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Akhlak & Tasawwuf


Sabtu, 19 April 2014

Amalan nak mula belajar



Al-Baqarah : 32
"Tidak ada sebarang ilmu bagi aku"

itu kata-kata malaikat dikisahkan dalam Al-Quran
Malaikat yang begitu hebat, tiada dosa, penuh dengan ketaatan
kepada Allah, hebatnya tapi berkata dengan ayat di atas 
pada Allah (betapa merendah dirinya)

1.  Membaca A' U' Zubillah
     Minta jauh dari gangguan syaitan yang akan merosakkan
     niat dan sebagainya
    
     Baca dari hati.
     Kenapa baca doa minta berlindung dari syaitan sebelum membaca Al-Quran?
     Kerana Syaitan sedang datang untuk menggoda agar kita berhenti segera


2. Baca Bismillah
    Betulkan niat belajar kerana Allah
    Kalau ilmu itu berkat dan amalan diterima kita akan semakin
    kasih, cinta, sayang, rindu dan dekat pada Allah

3. Istiqfar
    Orang banyak dosa Allah tak beri hidayah untuknya
   mengamalkan Al-Quran atau mudah ingat ilmu

4. Doa
    Rob bish rohli sod ri waya sirli amri.....

5. Selawat

6. Buat Amal soleh
    Allah berkata "Kalau kamu bertaqwa, aku akan
    didik kamu"


Dr Shafie
Kuliah Magrib
18 April 2014

Rabu, 16 April 2014

Syahid Ust Abdul Razak


SYAHID

Ust Abdul Razak   10 April 2014

Mati dalam melaksanakan kerja amal yang belum 
selesai e.g:
   - Dalam proses buat sekolah tahfiz
   - Dalam proses buat kerja dakwah
   - Dalam proses buat kerja amal


.............................................................................................................................

Baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud;

"Di akhir zaman, siapa boleh buat amalan sunah, pahalanya
menyamai 100 orang yang mati syahid"


.................................................................................................................

Mati syahid dalam peperangan jihad,
Allah dah ampunkan semua dosa sebelum
titisan darah yang pertama menyentuh bumi

dia akan
- Selamat dari Azab kubur
- Selamat di hari kiamah
- Dikurniakan bidadari
- Diberi kalung kebesaran


..............................................


Sahabat tanya nabi siapa lagi yang akan 
dikira mati syahid;

Mati Syahid juga jika;
Mati ketika sedang menjalankan jihad, e.g.
- Ekonomi
- Perniagaan
- Belajar
- Cari rezeki
- Taun
- Sakit Perut
- Bersalin
  
  - Minimum bersalin 6 Bulan, 6 hari, 6 jam
    6 minit dan 6 saat selepas akad nikah
  
  - Kurang dari itu tidak boleh dibinkan
    sekalipun lelaki yang sah menghamilkan
    wanita tersebut

- Gugur
   
  - Bawah 120 tanam seperti biasa saja
  - tak perlu;
     - mandi (bersih dengan air sahaja)
     - solat
     - kafan

  - Jika lebih dari 120 hari kena lihat
    ada tak
      - suara 
      - Bentuk manusia
      - Sifat makhluk
    jika ada kena Mandi, kafan, solat,
      - Bayar Fitrah
      - Sesetengah ulamak berpendapat
        kena akikah dan sembelih Qurban

   Kalau kaki saja macam mana?
     - Bersih dengan air
     - Tak wajib solat
     - Balut kain putih***
     - Kuburkan di tanah perkuburan

- Terbakar

- Lemas/tenggelam

- Sakit limpa

- Sakit kuning

- Ketika mempertahankan hak
  - Duit/Rumah/harta/tanah
  - Keluarga
  - Maruah
  - secawan air atau sebiji pasir pun
    contohnya

  Baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa
  maksud;
  "sesiapa mati mempertahankan hartanya
   adalah syahid"

- Mempertahankan agama

- Dalam amal soleh
  - sedang kempen surau
  - Kempen dakwah

- Mati ketika dalam ikatan/organisasi
  kerja amal/surau / persatuan dakwah

- Mati dalam amalan soleh

- Mati dibunuh raja/pemerintah zamim

- Musaffir dalam perjalanan baik

yang penting tauhid dan akidah
yang betul (dalam keadaan mukmin)





......................................................


min simpanan setahun wang sebanyak RM60,000.00 
baru wajib zakat


tax arab saudi hukumnya haram  (visa) kerana tanah haram
hak milik semua umat Islam ************
kutipan sehingga 4-5 juta untuk 1 musim haji

1 hari seorang pemimpin,
melawat makan sahabat iaitu Saidina Abu Bakar
dan Saidina Umar Al-Khatab ra.
Dia meludah tanda protes (syiah)
Kemudian ditegur oleh penasihatnya
Diketahui pemimin Arab Saudi
diarahkan orang menyiasat
Akhirnya penasihat tersebut hilang
(dengan tindakan kerajaan Arab Saudi)

......................................................................................................................................

Anak luar nikah

RM6 ribu kos nak ambil anak baru lahir
ada sampai RM 30 ribu
Cina bawah RM 20 ribu
India RM 8 - 10 ribu

Permintaan dan harga tinggi untuk baby melayu.
Ada yang dibeli oleh pihak kristian untuk dijadikan Paderi
bila besar paderi tu akan jadi paderi malayu

Dulu Ibu boleh jumpa keluarga angkat,
malangnya bila besar dipujuk-pujuk 
anak yang dibela hendak duduk dengan ibu kandung
meninggalkan ibu angkat

Sekarang ust tak izinkan Ibu kandung melihat
keluarga angkat yang akan mengambil bayinya


................................................................................................................................

Kisah di Batu 10 Ulu Langat
Seorang wanita,
menghidap penyakit barah buah dada
mengambil dan membela anak yatim 2 orang
dengan izin Allah Barahnya hilang dan dia
boleh pula bersalin


............................................................................................................................

Sesetengah penerbangan business class menyediakan wanita
jika berminat

Syarikat penerbangan Royal Brunai mengharamkan arak ketika
Ust menggunakannya pada tahun 90an 

Orang warak di Lubnan, kalau nak beli barang dapur, mereka
tulis surat dan kirim pakai timba yang diikat tali dan diturunkan
dari tingkat atas bangunan kerana tidak mahu ke pasar nanti akan terlihat
perkara-perkara laro seperti perempuan seksi etc.

Keadaan wanita sangat teruk dan merosakkan pemandangan dan 
iman siapa yang ke Lubnan, Syria, Turki & Iraq
Sebab tu kalau nak Umrah pergi ke sini dulu,
kalau lepas umrah baru ke sini, rosaklah pahala
melihat perkara-perkara laro.


................................................................................................................................


Bank Islam dulu berpusat di Rom dan Turki
sekarang di Cyprus


Hotel 5 bintang pencegah maksiat tak boleh masuk

Ust minta duit zakat untuk bina masjid kos 10 juta
tapi dapat 800 saja, orang zakat kawan-kawan ust kata
"kami tak ada kuasa" 
maksdunya ada pihak lain yang lebih berkuasa


1 hari ust (di Lubnan atau Jordan)
dalam program tablik,
dia bawa kereta lesen antarabangsa
sampai zebra crossing lampu merah, tiada orang melintas,
dia berhenti, sedangkan di sana kalau lampu merah tapi 
tiada orang melintas boleh jalan

Maka banyak orang dibelakang marah,
salah seorang  datang memaki ust berkta "haram"
datang menyangkut buah dada pada tingkap kereta

Begitulah teruknya pakaian orang disana



Baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud
"Akhir zaman orang berzina di tepi jalan"




Ust Abdul Razak
10 April 2014
Kuliah Magrib
Tmn Bkt Teratai


.......................................................................................................................................

Nabi kata
Siapa yang berjuang untuk tegakkan kalimah Alah dialah fisabilillah 



Ust Syed Norhisyam


Syahid akhirat
Mati belajar
lemas
terbakar
mati kemalangan balik solat
taun
Tentera mati kes lahad datu


Syahid Dunia akhirat
mati dalam perang
Surga tanpa hisab

Ust Kazim Illias


..................................................................................................................................................


Orang minta mati Syahid tapi dia tak mati

Hadis Nabi sabda;
Siapa yang minta kepada Allah untuk mati Syahid dengan sungguh-sungguh
Allah akan sampaikan dia ke darjat, ke tahap/kedudukan orang mati Syahid 
sekalipun dia mati di atas katil tidurnya

Ust MAZA


Hadis
Orang yang mati baik bila mati  dahi berpeluh

Tafsiran Ulamak
1. Sabar tahan sakit yang hebat dan Allah mengikis dosa
    tanda habis dosa

2. Malu menghadapi Allah

3. Tak ada kena mengena, sengaja Allah bagi tanda orang saja

Dr Maza


Mati berpahala,
Paling tinggi mati perang

Datang dari Hadis nabi
terbakar
sakit perut
ditimpa bangunan
tenggelam
bersalin
Kemalangan
Tanah runtuh
(saksi sakit yang menyiksakan, pahala azab ketika mati)
(syahid akhirat)


Hadis nabi 
Barangsipa mempersiapkan kelangkapan perang
kepada seorang perajurit di jalan Allah
beerti dia telah mendapatkan pahala jidad
Fisabilillah 

Ust  Nuruddin Al-Banjari

Rabu, 9 April 2014

Duduk antara 2 sujud, Tahiyat Awal, Bangun dari Sujud & Perkara yang tak perlu ikut imam

SOLAT


DUDUK ANTARA 2 SUJUD

1. Mesti ada Tomakninah
   (diam semua anggota, lamanya sekadar cukup mengucapkan 
    "Subhanallah")

2. Jangan lama sangat duduk antara 2 sujud 
   jika lebih panjang dari kadar tahiyat awal,
   BATAL solat.

3. Sunah hujung jari mesti sama hujung dengan kepala lutut.
   Ini mengikut Mazhab Shafie.

4. Sah jika duduk bertinggung sekalipun.

5. Sah jika duduk dengan mengangkat 2 kepala lutut
   ditegakkan sambil tangan mendakap betis.

6. Jika NIAT bangun dari sujud dengan tujuan untuk cepat
   menyudahkan solat contohnya untuk menjawab telefon
   atau bangun kerana terkejut maka ia tidak sah 
  (akan membawa kepada batal solat)
   Mesti bangun dengan niat untuk melaksanakan duduk
   antara dua sujud bagi menyempurnakan solat,
   bukan untuk cepat atau kerana terkejut.
   

7. Imam Hanafi tidak wajib duduk antara 2 sujud.
   - tak perlu tomakninah
   - tak perlu duduk sehingga tegakkan badan
   - Bukan rukun pada mereka.
   - Cuma kesempurnaan solat sahaja


BANGUN DARI SUJUD KEMUDIAN DUDUK ISTIROHAH
ATAU BANGUN DARI TAHIYAT AWAL SEBELUM BERDIRI

1. Duduk Istirohah adalah duduk sekejap, 
   sebelum bangun berdiri
2. Sunah
3. Duduk bertinggung pun boleh
4. Sunat menekan lantai dengan tapak tangan
   dari depan atau dari tepi juga dikira menekan
5. Jika lamanya duduk istirohah lebih panjang dari duduk antara
   2 sujud, solat dikira batal
6. Solat subuh tak disunatkan duduk Istirohah
7. Ada riwayat menyebut Rasulullah tekan dengan tapak tangan
8. Ada riwayat menyebut dengan penumbuk.
   


TANPA SENGAJA JIKA BANGUN DARI SUJUD LEBIH AWAL DARI IMAM

1. Jika belum sempurna berdiri tegak boleh
   buat 2 pilihan iaitu :-
   i)  Sujud semula
   ii) Berdiri tegak dan tunggu imam bangun

2. Jika telah berdiri tegak dengan sempurna
   tidak boleh kembali sujud, kerana akan
   menambah rukun dan membatalkan solat



KETIKA IMAM MEMBACA SURAH DALAM SOLAT

1. Sunat dengar bacaan imam
2. Dituntut dengar bukan mengikut bacaan



JIKA KITA LAMBAT MENGHABISKAN AL-FATIHAH
SEDANGKAN IMAM TELAH RUKUK

1. Jangan ketinggalan lebih dari 3 rukun panjang IAITU:-
   i)   Rukuk
   -    Ikhtidal tidak dikira kerana rukun pendek
        (Ikhtidal yang lebih lama dari bacaan Al-Fatihah
         akan membatalkan solat)
   ii)  Sujud kali pertama
   -    Duduk antara 2 sujud tidak dikira kerana rukun pendek
                    (Duduk antara 2 sujud yang lebih lama dari tahiyat awal akan membatalkan solat)
   iii) Sujud kali kedua

2. Jika kita lambat sehingga Imam telah bangun dari
   sujud kedua dan berdiri tegak,
   maknanya kita telah terputus dari imam kerana 
   jarak kita dan imam lebih dari 3 rukun panjang.
   Oleh itu kita hanya perlu membaca Al-Fatihah, 
   terus berdiri saja tanpa perlu rukuk, 
   atau sujud untuk menuruti perbuatan imam tadi.
   Tetapi kita harus menggantikan rokaat yang 
   terlepas tadi (tambah 1 rokaat)
  
   Jika rukuk dan sujud juga, dengan tujuan mengikut 
   perbuatan imam tadi, sedangkan imam telah bangun
   dari sujud dan berdiri tegak maka solat akan batal.
   Melainkan niat keluar dari mengikut imam.



DUDUK TAHIYAT


1. Sunah hujung jari telunjuk yang ditegakkan
   sama selari dengan hujung kepala lutut

2. Sunah hujung kelima-lima jari tangan kiri
   sama selari dengan hujung kepala lutut.

2. Sunat tegakkan jari telunjuk kanan ketika
   menyebut kalimah syahadah

3. Sunat tengok hujung jari telunjuk yang tegak
   ketika mengucap di waktu menyebut nama Allah
   (As ha du Al la Ila Ha illallah)
   Niat dalah hati hanya Allah tuhan yang satu)
   
4. Jangan duduk tahiyat akhir jika akan menyiksa
   orang sebelah

5. Rapatkan jari tangan.

6. KETIKA ISRAK MIKRAJ
   1. Rasulullah membaca 
      "Attahiyatulmubaroka tussalawa tut toiyiba tulillah"
   2. Allah menjawab
      "Assamualaika ayuhan nabi hiwarahmatullah hiwabarakatuh"
   3. Malaikat menjawab
      "Assalamualaina wa a'la ibadillah hi so lihin"
   4. Ramai-ramai malaikat menjawab
      "As ha du al la ila hail lallah,
       wa ash haduan na Muhammadur Rasulullah"
   5. Haram tambah lebih dari kata-kata di atas


WAKTU MENGAMBANGKAN JARI

1. Semasa memegang kepala lutut ketika rukuk
2. Kembang sedikit waktu mengangkat takbir


3 PERKARA MAKMUM BOLEH UNTUK TIDAK MENGIKUT IMAM

I)   DOA QUNUT
     1. Imam buat kita tinggalkan, 
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam

     2. Imam tinggalkan, tetapi kita melakukan
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam
        - syaratnya imam berdiri lama, cukup waktu
          untuk membaca Doa Qunut.
        - Jika imam berdiri sekejap, jangan tertinggal
          3 rukun panjang, tetapi tidak elok perbuatan ini.


II)  TAHIYAT AWAL
     1. Imam buat, kita tinggalkan
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam
        - Kita terus berdiri selepas sujud dan menunggu
          sehingga Imam berdiri semula untuk membaca 
          Al-Fatihah
        - Tidak boleh mendahului dalam membaca Al-Fatihah
          mesti tunggu imam bangun dari tahiyat awal 
          baru boleh baca Surah Al-Fatihah
  
      2. Imam tinggalkan, kita WAJIB TINGGALKAN
         Imam Nawawi kata "adanya imam untuk diikuti"
         Ikut imam wajib selagi perkara itu tidak 
         membatalkan solat atau menambah rukun contohnya 
         imam bangun berdiri pada rokaat ke lima
         maka tidak boleh diikuti kerana akan membatalkan
         solat. (perbuatan itu menambah rukun)


III) SUJUD SAHWI
     1. Imam buat kita WAJIB buat
        (Mengikut kitab Imam Nawawi)
        Jika tak ikut, batal solat,
        malainkan niat berpisah dari imam

     2. Imam tinggalkan, kita boleh buat
        - kita sujud sahwi selepas imam beri salam


BACAAN IKHTIDAL DAN KISAH ISRAK MIKRAJ

1. Nabi tak baca 'Sami Allah Huliman hamidah"
2. Sunat Imam Shafie baca ayat di atas.




Sources:
Kuliah Magrib Surau Taman
Bukit Teratai

References:

 Kitab Muniyati Al-Musolli, page 8

Hanafi tak wajib duduk antara 2 sujud, perkara Makmum boleh tak ikut imam, niat hanafi

 Imam Hanafi tidak wajib duduk antara 2 sujud.
   - tak perlu tomakninah
   - tak perlu duduk sehingga tegakkan badan
   - Bukan rukun pada mereka.
   - Cuma kesempurnaan solat sahaja


3 PERKARA MAKMUM BOLEH UNTUK TIDAK MENGIKUT IMAM

I)   DOA QUNUT
     1. Imam buat kita tinggalkan, 
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam

     2. Imam tinggalkan, tetapi kita melakukan
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam
        - syaratnya imam berdiri lama, cukup waktu
          untuk membaca Doa Qunut.
        - Jika imam berdiri sekejap, jangan tertinggal
          3 rukun panjang, tetapi tidak elok perbuatan ini.


II)  TAHIYAT AWAL
     1. Imam buat, kita tinggalkan
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam
        - Kita terus berdiri selepas sujud dan menunggu
          sehingga Imam berdiri semula untuk membaca 
          Al-Fatihah
        - Tidak boleh mendahului dalam membaca Al-Fatihah
          mesti tunggu imam bangun dari tahiyat awal 
          baru boleh baca Surah Al-Fatihah
  
      2. Imam tinggalkan, kita WAJIB TINGGALKAN
         Imam Nawawi kata "adanya imam untuk diikuti"
         Ikut imam wajib selagi perkara itu tidak 
         membatalkan solat atau menambah rukun contohnya 
         imam bangun berdiri pada rokaat ke lima
         maka tidak boleh diikuti kerana akan membatalkan
         solat. (perbuatan itu menambah rukun)


III) SUJUD SAHWI
     1. Imam buat kita WAJIB buat
        (Mengikut kitab Imam Nawawi)
        Jika tak ikut, batal solat,
        malainkan niat berpisah dari imam

     2. Imam tinggalkan, kita boleh buat
        - kita sujud sahwi selepas imam beri salam


BACAAN IKHTIDAL DAN KISAH ISRAK MIKRAJ

1. Nabi tak baca 'Sami Allah Huliman hamidah"
2. Sunat Imam Shafie baca ayat di atas.




Sources:
Kuliah Magrib Surau Taman
Bukit Teratai

References:

 Kitab Muniyati Al-Musolli, page 8




..................................................................................................................................................


Imam Hanafi = azam dikira niat,

sah diluar takbir


Ust Ahmad Faizal

Pengajian Umum Syariah

12 April 2014