Cari Blog Ini

Isnin, 21 April 2014

Ust Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Akhlak & Tasawwuf


Sabar...........Benda suka
         ; 
         :...........Benda tak suka
       
Tahan yang tak suka

Tahan benda tak suka

Tidak sabarlah punca berselisih / bergaduh



Nafsu = semua orang nak
:                                                      ...
:......Wanita                                       :
:                                                        :
:...........Harta                                    :..semua orang nak

:                                                        :
:..............Makan (Nafsu perut)         :
                                                      ...:





Ulamak kata;
Sabar = kawal buat atau tinggalkan

Ulamak membahagi kepada 3

1. Sabar & Taat pada perintah Allah

Surah Kahfi ayat 28;

"Sabarkanlah dirimu bersama-sama orang yang
berdoa pada Allah pada masa pagi & petang untuk
harap wajah Allah"

ertinya ;
Kena sabar sekalipun bergaul dengan ulamak sekalipun


.......................................................................................................................

Fadhilat sabar

1. JADI PENYELAMAT

Bila kena masalah
  1.  Sabar
   2. Solat

Disebut sabar dulu, kemudia baru solat kerana:-

1. Sabar lebih penting, sebab nak solat pun kena sabar

2. Senang pun kena sabar, susah pun kena sabar juga


2. SABAR = TARAF NABI

3. SABAR = GANJARAN TAK TEKIRA

Sungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang
yang sabar tanpa ada hisab


4. SABAR KAIT RAPAT DENGAN BERJAYA

5. MENDAPAT KEKUASAAN

6. ALLAH KATA DIA BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR
Innal Allah hamas so birin



,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

1. SABAR DENGAN MUSIBAH

Dunia darul bala / masa untuk dugaan

Dilihat / dikira Allah bagaimana kita mendepani / menyelesaikan
masalah (sabar, tenang, doa, melenting, marahkan Allah etc.)

Allah nak tengok sikap dan perangai kita

Sabar dengan kekurang harta

Kaya tak ada anak,
Tak kaya ada anak
Mana yang lebih baik
(seperti semua sama adil)

"Khabar gembira dari Allah"
itulah yang baik
Siapa yang redha, 
semua akan jadi baik padanya.


Tanda Akhir zaman
"Isteri BERANI minta talak"


2. SABAR DENGAN ANUGERAH ALLAH

Wahai orang-orang beriman, jangan harta dan
anak-anak melalaikan kamu, jika itu terjadi,
maka kamu termasuk dikalangan orang yang rugi


Semakin tinggi kedudukkan,
semakin ramai yang ...... dengki
                                :
                                :.....Nak jatuhkan
                                :
                                :....musuh


3. SABAR UNTUK DAKWAH

Contoh Baginda Rasulullah saw

Orang Taif yang membaling Baginda dengan batu
bukanlah orang dewasa, hanya peringkat kanak-kanak 
dan wanita saja dah memberi tentangan.

Nabi Noh berdakwah 950 tahun, hanya berapa orang yang ikut

Hidup...link.....  Kubur....link....Mahsyar....link.... akhirat


Orang bergaduh seolah-olah dia pandai, tapi
kita kena ingat, ada ilmu sampai pada dia,
tak sampai pada kita, dan ada ilmu sampai 
pada kita tapi tak sampai pada dia,
sedangkan kedua-duanya betul, cuma yang dapat ilmu
tu jenis lain-lain (atau sebenarnya perbezaan pendapat'
ulamak sediaka kedua-kuduanya betul)
                          



...........................................................................................................................


Orang terlanjur berdosa,
Tinggalkan perlahan-lahan.

Sebagaimana dia mula buat dosa
(dengan cara sedikit demi sedikit)
begitulah dia harus tinggalkan
(sedikit demi sedikit)
ust Abdul Razak give the example 



.........................................................


Jangan DEKATI ZINA

Lelaki = tundukkan pandangan

Wanita = jaga kemaluan


Padangan pertama adalah panah syaitan

Orang tanya Baginda Rasulullah saw adakah berdosa?


Kenapa disimbolkan PANAH

Kerana
Panah kalau tertusuk,
dicabut pun sakit,
di tusuk ke dalam pun sakit,

Maknya kalau dah kena,
susah nak buat macammana pun tetap sakit,
keluar / buang @ terima

Yang boleh dipandang adalah
1. Guru & Murid
2. Hakim & Tertuduh
3. Doktor & Pesakit
4. Di pasar (pembeli & penjual)


Seorang lelaki bertemu ulamak dan bertanya;
"bolehkah jelaskan kenapa saya jadi kurang berminat
dengan isteri sayang"

Ulamak : adakah isteri engkau gemuk

Lelaki : tidak

Ulamak : adakah sibuk dengan anak-anak

Lelaki : Tidak, aku punya pembantu menguruskan anak-anak

Ulamak : Kau berminat pada wanita lain?

Lelaki : Tidak

Ulamak : Ada melihat benda lucah?

Lelaki : Ya

Jadi itulah kesannya.


.....................................................................................................................................

Bila nampak orang bermotosikal,
kita bawa kereta, 
nampak seorang perempuan tidak bertudung.

Dalam masa beberapa minit mengenali wanita tersebut,
kita pun menghakiminya dengan memberi pendapat
yang dia bukan seorang wanita yang baik.

(kita selalu menjadi hakim pada orang lain,
tetapi selalu menjadi peguambela pada diri sendiri)

Bagaimana kalau di tempat kerjanya,
semua pekerja tidak bertudung,
jika dia bertudung,
akan nampak pelik dari orang lain,
atau ada apa-apa masalah lain.

Menghukum seseorang dengan penilaian sendiri adalah
perbuatan dosa, walaupun kecil, tapi bagi orang soleh,
ia adalah perkara besar.


................................................................................................


Satu waktu tiada hujan.

Umat Nabi Musa meminta agar Nabi Allah Musa bermunajat pada Allah
agar diturunkan hujan.

Nabi Allah Musa pun memohon doa meminta agar hujan diturunkan
dan mereka menunaikan solat sunat sebanyak 3 kali.

tetapi hujan tetap tidak turun walaupun selepas 3 kali solat.

Allah menjawab permintaan Nabi Allah Musa,
Allah memaklumkan bahawa doa itu tidak akan diperkenankan
kerana ada umat Nabi Allah Musa yang berzina.

Akhirnya Nabi Allah Musa meminta semua umatnya berkumpul.
Nabi Musa meminta agar sesiapa yang berzina, 
membuat pengakuan, supaya semua orang terlepas dari siksa kemarau ini.

Seorang lelaki yang melakukan perbuatan zina itu merasa amat takut 
untuk membuat pengakuan. (kerana ramai orang ketika itu)
Mengenangkan dosanya, akan terus menyebabkan semua makhluk
menerima kesusahan kemarau, maka dia pun merayu dan menangis
pada Allah agar segala perbuatannya diampunkan.

Hanya beberapa detik sahaja Allah telah menerima taubatnya.


.....................................................................................................................................


Aisyah dituduh curang,
Baginda Rasulullah saw hanya berdiam diri.

tetapi

Ketika seorang wanita diaibkan di sempadan negara
(Seorang lelaki Yahudi, mengikat hujung kain seorang wanita,
(yang memakai pakaian yang digulung seperti sari),
Bila wanita itu bangun dari katil, dia berjalan tanpa 
menyedari, hujung kainnya telah diikat pada kaki katil,
maka bila dia berjalan, seluruh kainnya terlondeh,
dia menjadi bogel.
Semua lelaki yang ada di situ ketawa dan mempermain-mainkan
wanita tersebut.

Kemudian seorang lelaki,
datang membantu wanita ini,
Akhirnya lelaki tersebut dibunuh.

Berita ini sampai ke pengetahuan Baginda Rasulullah saw,
beliau menghantar tentera, membela wanita tersebut
dan berperang dengan Yahudi-yahudi tersebut.

ERTINYA:
Rasulullah saw sangat mementingkan
kemuliaan orang Islam, tetapi jika pada dirinya,
Baginda tidak mengambil tindakan.

Sama seperti kes Baginda Rasulullah saw diracun.
Baginda mengampunkan orang yang meracunnya,
tetapi seorang lagi iaitu sahabat Baginda yang sama-sama
memakan racun tersebut, baginda berkata;
"Itu hak warisnya, megampunkan atau tidak,
bukan hakku untuk memberi pengampunan"


Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Akhlak & Tasawwuf



Tiada ulasan:

Catat Ulasan