Cari Blog Ini

Rabu, 9 April 2014

Duduk antara 2 sujud, Tahiyat Awal, Bangun dari Sujud & Perkara yang tak perlu ikut imam

SOLAT


DUDUK ANTARA 2 SUJUD

1. Mesti ada Tomakninah
   (diam semua anggota, lamanya sekadar cukup mengucapkan 
    "Subhanallah")

2. Jangan lama sangat duduk antara 2 sujud 
   jika lebih panjang dari kadar tahiyat awal,
   BATAL solat.

3. Sunah hujung jari mesti sama hujung dengan kepala lutut.
   Ini mengikut Mazhab Shafie.

4. Sah jika duduk bertinggung sekalipun.

5. Sah jika duduk dengan mengangkat 2 kepala lutut
   ditegakkan sambil tangan mendakap betis.

6. Jika NIAT bangun dari sujud dengan tujuan untuk cepat
   menyudahkan solat contohnya untuk menjawab telefon
   atau bangun kerana terkejut maka ia tidak sah 
  (akan membawa kepada batal solat)
   Mesti bangun dengan niat untuk melaksanakan duduk
   antara dua sujud bagi menyempurnakan solat,
   bukan untuk cepat atau kerana terkejut.
   

7. Imam Hanafi tidak wajib duduk antara 2 sujud.
   - tak perlu tomakninah
   - tak perlu duduk sehingga tegakkan badan
   - Bukan rukun pada mereka.
   - Cuma kesempurnaan solat sahaja


BANGUN DARI SUJUD KEMUDIAN DUDUK ISTIROHAH
ATAU BANGUN DARI TAHIYAT AWAL SEBELUM BERDIRI

1. Duduk Istirohah adalah duduk sekejap, 
   sebelum bangun berdiri
2. Sunah
3. Duduk bertinggung pun boleh
4. Sunat menekan lantai dengan tapak tangan
   dari depan atau dari tepi juga dikira menekan
5. Jika lamanya duduk istirohah lebih panjang dari duduk antara
   2 sujud, solat dikira batal
6. Solat subuh tak disunatkan duduk Istirohah
7. Ada riwayat menyebut Rasulullah tekan dengan tapak tangan
8. Ada riwayat menyebut dengan penumbuk.
   


TANPA SENGAJA JIKA BANGUN DARI SUJUD LEBIH AWAL DARI IMAM

1. Jika belum sempurna berdiri tegak boleh
   buat 2 pilihan iaitu :-
   i)  Sujud semula
   ii) Berdiri tegak dan tunggu imam bangun

2. Jika telah berdiri tegak dengan sempurna
   tidak boleh kembali sujud, kerana akan
   menambah rukun dan membatalkan solat



KETIKA IMAM MEMBACA SURAH DALAM SOLAT

1. Sunat dengar bacaan imam
2. Dituntut dengar bukan mengikut bacaan



JIKA KITA LAMBAT MENGHABISKAN AL-FATIHAH
SEDANGKAN IMAM TELAH RUKUK

1. Jangan ketinggalan lebih dari 3 rukun panjang IAITU:-
   i)   Rukuk
   -    Ikhtidal tidak dikira kerana rukun pendek
        (Ikhtidal yang lebih lama dari bacaan Al-Fatihah
         akan membatalkan solat)
   ii)  Sujud kali pertama
   -    Duduk antara 2 sujud tidak dikira kerana rukun pendek
                    (Duduk antara 2 sujud yang lebih lama dari tahiyat awal akan membatalkan solat)
   iii) Sujud kali kedua

2. Jika kita lambat sehingga Imam telah bangun dari
   sujud kedua dan berdiri tegak,
   maknanya kita telah terputus dari imam kerana 
   jarak kita dan imam lebih dari 3 rukun panjang.
   Oleh itu kita hanya perlu membaca Al-Fatihah, 
   terus berdiri saja tanpa perlu rukuk, 
   atau sujud untuk menuruti perbuatan imam tadi.
   Tetapi kita harus menggantikan rokaat yang 
   terlepas tadi (tambah 1 rokaat)
  
   Jika rukuk dan sujud juga, dengan tujuan mengikut 
   perbuatan imam tadi, sedangkan imam telah bangun
   dari sujud dan berdiri tegak maka solat akan batal.
   Melainkan niat keluar dari mengikut imam.



DUDUK TAHIYAT


1. Sunah hujung jari telunjuk yang ditegakkan
   sama selari dengan hujung kepala lutut

2. Sunah hujung kelima-lima jari tangan kiri
   sama selari dengan hujung kepala lutut.

2. Sunat tegakkan jari telunjuk kanan ketika
   menyebut kalimah syahadah

3. Sunat tengok hujung jari telunjuk yang tegak
   ketika mengucap di waktu menyebut nama Allah
   (As ha du Al la Ila Ha illallah)
   Niat dalah hati hanya Allah tuhan yang satu)
   
4. Jangan duduk tahiyat akhir jika akan menyiksa
   orang sebelah

5. Rapatkan jari tangan.

6. KETIKA ISRAK MIKRAJ
   1. Rasulullah membaca 
      "Attahiyatulmubaroka tussalawa tut toiyiba tulillah"
   2. Allah menjawab
      "Assamualaika ayuhan nabi hiwarahmatullah hiwabarakatuh"
   3. Malaikat menjawab
      "Assalamualaina wa a'la ibadillah hi so lihin"
   4. Ramai-ramai malaikat menjawab
      "As ha du al la ila hail lallah,
       wa ash haduan na Muhammadur Rasulullah"
   5. Haram tambah lebih dari kata-kata di atas


WAKTU MENGAMBANGKAN JARI

1. Semasa memegang kepala lutut ketika rukuk
2. Kembang sedikit waktu mengangkat takbir


3 PERKARA MAKMUM BOLEH UNTUK TIDAK MENGIKUT IMAM

I)   DOA QUNUT
     1. Imam buat kita tinggalkan, 
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam

     2. Imam tinggalkan, tetapi kita melakukan
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam
        - syaratnya imam berdiri lama, cukup waktu
          untuk membaca Doa Qunut.
        - Jika imam berdiri sekejap, jangan tertinggal
          3 rukun panjang, tetapi tidak elok perbuatan ini.


II)  TAHIYAT AWAL
     1. Imam buat, kita tinggalkan
        - sah perbuatan kita, 
        - sah masih mengikut imam
        - Kita terus berdiri selepas sujud dan menunggu
          sehingga Imam berdiri semula untuk membaca 
          Al-Fatihah
        - Tidak boleh mendahului dalam membaca Al-Fatihah
          mesti tunggu imam bangun dari tahiyat awal 
          baru boleh baca Surah Al-Fatihah
  
      2. Imam tinggalkan, kita WAJIB TINGGALKAN
         Imam Nawawi kata "adanya imam untuk diikuti"
         Ikut imam wajib selagi perkara itu tidak 
         membatalkan solat atau menambah rukun contohnya 
         imam bangun berdiri pada rokaat ke lima
         maka tidak boleh diikuti kerana akan membatalkan
         solat. (perbuatan itu menambah rukun)


III) SUJUD SAHWI
     1. Imam buat kita WAJIB buat
        (Mengikut kitab Imam Nawawi)
        Jika tak ikut, batal solat,
        malainkan niat berpisah dari imam

     2. Imam tinggalkan, kita boleh buat
        - kita sujud sahwi selepas imam beri salam


BACAAN IKHTIDAL DAN KISAH ISRAK MIKRAJ

1. Nabi tak baca 'Sami Allah Huliman hamidah"
2. Sunat Imam Shafie baca ayat di atas.




Sources:
Kuliah Magrib Surau Taman
Bukit Teratai

References:

 Kitab Muniyati Al-Musolli, page 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan