Cari Blog Ini

Sabtu, 14 Jun 2014

Tetamu Pengajian Umum Syariah Hadith Ahkam


SYARAH HADITH

Baginda Rasulullah saw bersabda:

“Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya.”


Bertamu itu 3 hari, jika lebih dari itu dikira sedekah


Baginda Rasulullah saw bersabda, Qola (baginda kata) 
(Qolu kata bagi orang bertanya)

"Siapa yang memuliakan tetamu dia akan bersamaku 
di syurga)


Allah meletakkan           =sama taraf=     menghormati tetamu  = Islam
taraf orang yang .
beriman


Menunjukkan betapa menghormati tetamu itu
setaraf dengan yakin pada Allah (tinggi kedudukannya)
sebagai seorang Islam

Islam AMAT mengambil berat tentang hukum manusiawi

Maksud di sebalik menghormati tetamu adalah
BUAT BAIK SESAMA MANUSIA

ISLAM MEMAHAMI MANUSIAWI

e.g. SOLAT     
"Sesungguhnya solat mencegah kemungkaran"



                                                     Allah
                                                         /\
                                                          !
                                                          !
                                              hantar pada
                                                          !
                                                          !
                                   KESAN : cegah maksiat & mungkar
                                  -----------------------------------
                                   kesan PADA SESAMA MANUSIA
                                                          !
                                                          ! 

e.g.
"Berkatalah baik atau diam"
menunjukkan pentingnya hubungan sesama manusia
ditekankan dalam Islam

.........................................................................................................................................

ASAL KEJADIAN MANUSIA

Dari tanah

HARI             PERINGKAT
                                                               _
40                 Air Mani          dari tanah     I     TANAH unsur pertama/utama
                                                                 I    - Terbatas
2nd 40          Segumpal darah                  \   - Kotor / bawah / dipijak-pijak
                                                                  /     tpt najis berak kencing
3rd 40           Makhluk/embryo                  I     (Unsur tanah ada nafsu kepada
                     (Allah masukkan roh)        _I     kereta. rumah, makan etc.)

conclusion:

Manusia wujud dari 2 sumber
             \--------- TANAH
               \-------  ROH

so,
- Dua-dua unsur perlu seimbang
- Dari awal kita diciptakan dari tanah
- Mata kita yang memandang CUKUP / KAYA                             
    maksudnya ada orang miskin merasa 'kaya'
    kerana CUKUP.


BOLEHKAH MENGGUGURKAN JANIN DIBAWAH 120 HARI?
Ada Ulamak berpendapat boleh kerana BELUM ADA ROH
dengan sebab yang baik


BOLEHKAH MENGGUGRUKAN JANIN SELEPAS 4 BULAN?

2 pendapat   ---- BOLEH 
                     \_ _ TIDAK BOLEH                                           


...........................................................................................................................................

TETAMU

1 hari pertama 
layanan PALING ISTIMEWA

2 Hari seterusnya
Berikan makan dan minum dan lain-lain
seperti apa yang kamu makan atau minum
setiap hari (tak perlu lebih/buat macam hari2)

_____________________________________________

JUMLAH  :     3 hari
_____________________________________________

Jika lebih dari 3 hari dikira sedekah

jika boleh 40 hari,

jika boleh lebih dari 40


ERTINYA:
Islam flexible 
tidak MEMAKSA
Sekadar MAMPU

e.g. KIFARAH
BERSAMA DI BULAN PUASA

1. Puasa 2 bulan
2. beri makan
3. etc.


...............................................................


APA PULA ADAB TETAMU

Abdul Rahman bin Auf,

Orang kaya

Tetapi hartanya ditinggalkan di Mecca 

sampai di Madinah,
Orang Madinah memberikan segala-galanya
(semua dibahagia dua pada tetamu)
sekalipun mereka dalam keadaan miskin
Tanah. Rumah, Harta dan ada yang kata;
"pilihlah salah satu dari isteriku"

tetapi Abdul Rahman bin Auf tidak mengambil
kesempatan sebaliknya dia bertanya:
"Di manakah pasar?"
kerana dia mahu berniaga
  


............................................................

1 perkataan Arab ada yang melahirkan 24 kata terbitan

QOLA - Rasulullah bersabda tetapi jika

QOLU = Orang bertanya kepada baginda




Pengajian Umum Syariah
HADITH AHKAM
6 April 2014





















Munafik, melancong Persijilan Awam Syariah, Hadith Ahkam, Dr Muhammad Choirin 190414


Baginda Rasulullah saw bersabda;

HADIS "Jadilah kamu di dunia seperti orang musaffir
(merasakan dunia ni sementara/bukan kampung kita)

HADIS "Kalau 3 jadikan salah seorang dari kamu imam (pemimpin)"
(menunjukkan tidak boleh ada 2 pengemudi, nanti hura hara/
sistem yang diterapkan, perpaduan)


..............................................................................................................................

Syair Imam Shafi'e 

Merantaulah / melancunglah / jalan-jalanlah
(merasakan risau dan takut tentang masa depan,
tentang perjalanan yang akan ditempuhi dan 
bekalan yang mungkin cukup atau mungkin tidak)





FAEDAH MERANTAU / MELANCUNG

1. KESATUAN HATI

Ada masa :-
abah marah anak,
anak marah abah, 
anak-anak gaduh sesama sendiri,

tapi bila melancung kita akan bersama-sama
susah dan senang menempuh suasan dengan
BERSATU HATI

Itu sebab syarikat sanggup mengeluarkan belanja
berpuluh-puluh untuk kakitang beriadah / berjalan-jalan
sebab kesannya boleh mengeratkan hubungan dan membaiki
suasana kerja


----------------------------------------------------------------------------------

2. MENCARI WANG NAFKAH


--------------------------------------------------------------------------------

3. KENAL TEMAN SEJATI

Bila menempuh perjalanan akan melalui susah dan senang
maka kita boleh tengok dan KENAL siapa, jenis orang tu jenis
yang macammana, e.g.
- kuat merungut
- malas suka minta tolong orang saja
- Mengarah
- Mengongkong



--------------------------------------------------------------------------------------

4. CARI ILMU

Habiskan mencari ilmu dengan guru di
tempat sendiri dulu

Syarat mencari Ilmu mesti mengembara




----------------------------------------------------------------------------------

5. MENGETAHUI ADAB TEMPAT ORANG


Pengalaman kita akan berbeza begitu juga
ulamak boleh memberi pendapat berbeza kerana
memahami banyak situasi orang awam berbanding
ulamak yang duduk di satu tempat sahaja kerana 
hanya mengetahui situasi itu sahaja

Boleh beri jawapan berbeza kerana pernah melihat
situasi masyarakat yang berbeza

e.g. Dr MAZA mengajar di Oxford University 

e.g. Ucapan selamat hari Krismas
Ulamak Saudi & Yaman mengatakan haram
sedangkan ulamak yang berada di Eropah akan 
memberi hukum berbeza kerana pengalaman dan
pengetahuan mereka tentang situasi di Eropah


.........................................................................................................................

Syeikh Daud Fathoni

Belajar di Masjidil Haram
Selepas belajar dia ditawarkan mengajar
di Masjidil Haram kerana kebijaksanaannya.



Group 1
pakar dalam bidang ............
tertentu                                :
     /\                                     V
     :                                  group 2
     :                          pengajar pakar dalam 
     :                          bidang tertentu
     :                                      \
     :                                        \
     :                                         Group 3
Masjidil Haram                       sampai mahir
                                            dalam sesuatu bidang

Tidak naik dari 1 bidang ilmu selagi tak mahir
tak berpindah sehingga mahir

Sebab tu mereka bila habis mengusai banyak cabang ilmu

keberkatan belajar di sana;
1. Pengajar - tak fikir gaji
2. Pelajar    - tak fikir yuran
> kerana ditanggung gaji dan yuran oleh Baitulmal



Allah berfirman;
"Bersiar-siarlah dibumi, lihatlah kesudahan orang yang berdusta"



MUNAFIK

Ayat Al-Quran
Surah Al-Baqarah

ayat 1 - 5
Kisah orang beriman
- Solat, Percaya benda ghaib,
   zakat, percaya nabi

Ayat 6-7
Kisah orang kafir
- Di hati mereka Allah tutup 
- Kita berhujah dengan Bible pun
   hatinya tak terbuka


Ayat 8-20
Kisah orang munafik
- Bincang mengenai orang munafik
   sebanyak 13 ayat (berat ni, kisah orang 
   beriman 5 ayat, kisah orang kafir 2 ayat saja,
   kisah orang munafik sampai 13 ayat
   beratnya tentang orang dalam yang belot)

- Mereka ni boleh baca Al-Quran dengan sempurna,
  sedap, pandai Bahasa Arab, Solat sauf depan, datang
  jemaah lebih awal, cakap baik sokong Islam tapi...
  (begitulah contoh orang dalam yang belot)

Dalam AL-QURAN mereka dikatakan KAFIR
KITA TIDAK BOLEH kata mereka kafir di dunia ni
tetapi di akhirat mereka akan ditempatkan di neraka
paling bawah, 
teruk dari neraka Jahannam  

Munafik lebih bahaya dari kafir

e.g. Orang Islam menipu kita
sedangkan dibelakangnya ada orang 
belum Islam (tuan yang diturutinya),
Maka kita lebih mudah percaya dari
ditipu oleh orang bukan Islam
sama seperti bangsa kita menipu kita
sendiri sedangkan dibelakangnya ada 
pihak ketiga.




HADIS Baginda Rasulullah saw bersabda;
"Siapa ada 4 perkara maka dia betul-betul munafik,
kalau adalah salah satu dari 4 maka pada dirinya
ada 1 cabang munafik sehingga dia meninggalkan
yang satu itu"


Nabi tak pernah sebut nama orang munafik

PERANG UHUD
1,000 orang datang nak berperang.
Orang munafik datang paling awal.
300 orang balik bila termakan hasutan orang munafik ini.



SIFAT-SIFAT ORANG MUNAFIK 

1. BILA CAKAP DIA DUSTA

Allah berkata melalui hadis

"Hendaklah sentiasa jujur 
kerana kejujuran memandu kamu kepada kebaikan, 
Kebaikan membawa kamu ke syurga, &
berhati-hati dengan dusta,
sebab kedustaan membawa kepada dosa, &
dosa membawa ke kepada neraka'

ertinya ;
Jujur bergantung kepada kebiasaan


1 dusta,
akan melahirkan lebih banyak dusta
bagi menutup kedustaan yang pertama


Dusta yang dibolehkan

1 hari Ibnu Hajar Haitami 
ketika mengajar
seorang pencuri masuk ke jubahnya

Datang orang mahu menangkap pencuri
Mereka bertanya;
"Adakah nampak seorang pencuri melalui sini"

Ibnu Hajar Haitami menunjukkan tangannya
ke jubah dan berkata "di sini"
Mereka hairan, adakah patut mengangkat jubah
tuan guru yang sedang mengajar ini.

Selepas itu, anak muridnya bertanya,
kenapa dia menjawab begitu dan menyelamatkan
seorang pencuri. Kata mereka:
"bukankah lebih baik, pencuri itu dibawa ke penjara"

Jawapan Ibnu Hajar Haitami;
"Aku yakin dia akan lebih selamat
dan akan jdi orang baik, kerana jika 
dipenjara dia akan bercam[ur dengan orang-orang
yang lebih jahat (nanti dia akan belajar pula
disana tentang kejahatan-kejatahatan yang lebih besar,
e.g. dari curi motor ke curi kereta)


.....................................................

Suatu hari Baginda Rasulullah saw mengejar 
Abu Sufian (belum masuk Islam)

Bila Abu Sufian hilang,
Baginda Rasulullah saw bertanya kepada
1 kabilah pedagang.

Kabilah dagang memberi syarat dengan berkata:
"kamu dari mana, jika kamu menjawab, kami akan
menjawab ke mana Abu Sufian melarikan diri"

Baginda menjawab;
"Aku dari air"
(ertinya aku dari bandar/tempat itu***)

boleh berdusta yang dibenarkan
TETAPI TIDAK BOLEH SELALU

Nabi Laknat peniaga yang berkata
dusta tentang produknya.

Peniaga kedai emas,
Masa jual, timbang sekali dengan
tag dan benang, sedangkan itu dah
berat beberapa milligram,
Kalau 100 barang macam tu,
berapa berat dah terkumpul dari
tag dan benang,
tapi
bila jual timbang, tag dan benang
dah tiada, maka harga jual dan harga
beli tidak adil kerana masa jual ada
berat tag dan benang, tetapi masa beli
balik barang kemas tiada tag dan benang.

Kalau CV cerita bakat/kebolehan kita
berlebih-lebih dari hakikat,
dengan sebab itu dipanggil temuduga,
dari situ dapat kerja,
maka gaji adalah SHUBAHAH

Meniru dalam peperiksaan
Kalau tak meniru dapat grade 2,
dengan gaji RM1,000.00 tapi bila meniru
kita dapat Grade 1, dibayar gaji RM1,500.00
maka beza gaji itu adalah tidak adil
sebanyak RM500.00.


Kata Ulamak Husaimin, Bekas Mufti Saudi;
"Suami Isteri yang minta dicintai,
tetapi
tidak menyintai
Itupun dusta juga"

Orang yang meminta haknya,
tetapi melupakan hak orang lain
yang sepatutnya diberikan olehnya"



2. JANJI DUSTA



3. JANJI KIANAT





Ada pendapat mengatakan 3 sahaja
kerana item 2 & 3 (tentang janji) 
adalah perkara yang sama.



4. BERTENGKAR DIA MELAMPAU


Hamzah adalah:-
1. Bapa Saudara yang sebaya
2. Teman main masa kecil

Baginda Rasulullah saw ditegur Allah
kes Hamzah kerana rasa berdendam
dengan pembunuh Hamzah (namanya syurah)

Turun Ayat Al-Quran

"Kalau kamu di siksa,
balaslah dengan siksa yang sama,
tidak boleh lebih,
namun,
jika kamu memaafkan,
itu adalah lebih baik"


"Dan jika memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yg sama dgn siksaan yg ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yg lebih baik bagi orang-orang yg sabar.."
[TQS An-Nahl : 126]


Yahudi tidak dakwah masuk agama mereka

Bagi mereka agama mereka untuk mereka sahaja
kerana mereka bangsa pilihan, bangsa yang mulia,
datang dari tuhan, sedangkan bangsa lain,
adalah bangsa yang hina.

tetapi 

mereka akan membawa kita
mengikut cara hidup mereka


..................................................................................................................................



4 PERIWAYAT bernama Abdullah 

Abdullah bin Mas'ud
Abdullah bin Umar bin Al-Khattab
Abdullah bin Ruwaihah
Abdullah bin Abbas


Cerita Abdullah bin Umar

surah ke 35

Abdullah tidak faham makan Fathir
kerana tiada makna Fathir dalam bahasa Arab

1 Hari dia pergi ke kampung orang Badwi (kawasan asal, pedalaman)

bertemu 3 orang berebut perigi,

orang pertam kata : Perigi aku punya

Orang kedua kata : Alu Ciptakan perigi

maknanya Fathir itu yang menciptakan dalam bahasa Badwi


Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Hadith Ahkam




               




Taubat, zalimi orang, boss, Qisas Rasulullah, wanita zina & Nabi Akhlak Tasawwuf sem 1 14

TAUBAT


Taba = Kembali

Proses kembali seorang hamba kepada Allah


TAUBAT
- Melahirkan kebaikan dalam Masyarakat
- Dalam masa yang sama meninggalkan sifat buruk
 !
 !
 !
 !
 !
V

bawa kebaikan
(pada masyarakat)


............................................................................................................................

APAKAH SYARAT-SYARAT TAUBAT?

1. Menyesal (berhenti serta merta)

2. Azam tak buat lagi

3. Kembalikan HAK PADA orang 
   yang telah dizalimi\
                       \
                        \
                   Allah tak ampunkan
                   selagi tak settle

   e.g; Bos buat undang-undang menzalimi
   seluruh pekerjanya
  
   Bos banyak orang di bawahnya
   so boss lagi banyak hisab
   mungkin boleh jadi lagi banyak dosa
  
   e.g. JALAN BERLUBANG
   ORANG COMPLAINT / maki caci / tegur
   setiap menegur pihak bertanggungjawab
   mendapat 1 dosa untuk setiap teguran

4. QISAS
   Bagi peluang orang balas balik

   Setidakknya jika dia sudah mati,
   mohon pada warisnya


Baginda bersabda;
"Berhati-hati dengan doa orang yang kamU
zalimi kerana doanya tiada hijab dengan 
Allah"
=. takut dosa dan takut doanya
   sekalipun yang berdoa adalah isteri
   (kerana isteri tanggungjawab suami)

   

KISAH BAGINDA RASULULLAH SAW dan QISAS

Bila turun ayat terakhir,
"Hari ini telah sempurna agama kamu"
Saidina Abu Bakar ra telah menangis
(Abu Bakar paling rapat dan memahami
sistuasi)

Saidatina Aisyah Anaknya bertanya;
"Wahai ayah kenapa menangis?"

Saidina Abu Bakar menjawab;
"Aku merasakan baginda Rasulullah saw
tidak akan lama lagi bersama kita"

sedangkan kebanyakkan orang lain
tak memahami makna tersirat ayat tersebut.


Akhirnya baginda nabi meminta dikumpulkan 
semua orang, untuk khutbahnya yang terakhir

"Baginda berkata, sesiapa yang berhutang,
boleh menuntut, yang dikasari boleh membalas"

semua orang sedih, seolah-olah Baginda
Rasulullah saw akan meninggalkan kita semua..


Semua orang tercengang

"Panggilkan di ke depan"
seru baginda


Lelaki itu ke hadapan dan berkata,
"disatu masa dulu ketika dalam perbarisan 
tentera Islam engkau pernah
memukulku kerana barisanku tidak
lurus.  Hari ini aku ingin membalasnya"

Baginda Rasulullah saw berkata;
"Wahai Abu Bakar bawakan aku pemukul"

Lelaki itu kemudian mengambil pemukul dan 
berkata;
"Ketika engkau memukul aku, aku
tidak berbaju"

Baginda Rasulullah saw membuka bajunya

Ramai yang marah, tetapi Baginda Rasulullah saw
menenangkan hadirin.

Setelah membuka baju lelaki itu berkata lagi;
"Aku ingin tubuhmu tanpa dilapisan pakaian
buat kali yang terakhirnya"
katanya sambil memeluk baginda.


Bagitu adilnya baginda menunjukkan contoh
bahawa pentingnya kita meminta ampun dari
orang yang kita zalimi, agar Allah 
mengampunkan kita dalam proses menerima taubat
kita.


HADIS
Baginda Rasulullah saw bersabda;
"Tiap-tiap anak Adam pasti buat dosa,
dan yang baik antara kamu adalah yang
bertaubat"


ALLAH TIDAK MELIHAT BERAPA BANYAK KITA
BUAT DOSA, TETAPI ADAKAH KITA KEMBALI
PADANYA DALAM TAUBAT
(Menyesal dan berpatah balik/kembali)




.....................................................



Sebaik-baiknya generasi adalah generasi 
aku
 !
 !

 !
sahabat
 !
 !
 !
 !
Tabiin
 !
 !
 !
 !
 !

Tabiin
 !
 !
 !

tabiin

maksudnya semakin lama semakin tak baik
generasi secara umumnya



...........................................................................................................................................

HUDUD 

Hudud bukan hukuman
tetapi PENYUCIAN/ taharah di akhirat (pembalasan)

seorang wanita berjumpa dengan Baginda Rasulullah saw

Memaklumkan agar dihukum kerana dia telah berzina

Baginda bertanya 3 kali sehingga dia mengakuinya 3 kali

Baginda menyuruh dia pulang hingga bersalin.

Lepas bersalin wanita kembali lagi,
Baginda Rasulullah saw menyuruh dia
pulang menyusukan anaknya sehingga 2 tahun

Selepas itu barulah hukuma dijalankan.


AN-NISA :17 
"Kalau buat salah SEGERA bertaubat"


Kuliah Pengajian Umum Syariah
Akhlak dan Tasawwuf
Volume 1, pg 603
5 April 2014