Cari Blog Ini

Selasa, 5 Ogos 2014

used car

ACCIDENT
 _
I_I    Ada kemek

 _
I_I    warna cat berubah

 _
I_I    Baru cat dalam tempoh 5 tahun

 _
I_I    Cat dalam dan luar berbeza

 _
I_I    Engine x ketuk / remuk

 _
I_I    Pintu smooth, x smooth maybe caused of accident

 _
I_I    Tyre alignment kiri kanan depan belakang



ENGINE PROBLEM

 _
I_I    Leaking

 _
I_I     



BAD CONDITION

 _
I_I    Many owner in short term

 _
I_I     



FRAUD

 _
I_I    Odometer ratio with normal tyre 45,000 km for tayar botak

 _
I_I    Normal 20,000km/year


 _
I_I    Tyre botak



ENGINE IGNITION 

 _
I_I    1. Bunyi normal masa tekan minyak

 _
I_I    2. Engine tak heavily gegar 

 _
I_I    3. Bunyi normal masa driving

 _
I_I    4. Radiator 

 _
I_I    5. Piping 



CONDITION


2. 








BONUS

 _
I_I    Service record

 _
I_I    Warranty

 _
I_I    New customer void




EXHAUST

 _
I_I    Lepas 2 or 3 saat lepas start (cool engine) checks kalau
        asap putih kebiruan - engine fully overhaul = good

 _
I_I    Engine panas - hitam = kaburator tak sesuai

 _
I_I    Lepas start engine, matikan dan sentuh dalam exhaust
        - Kelabu keputih-putihan = ok
        - Hitam berminyak = xok



STERING

 _
I_I    Smooth movement

 _
I_I    No abnormal sound




OTHER

 _
I_I    Lock

 _
I_I    Key

 _
I_I    Door lock

 _
I_I    Power window motor

 _
I_I    Lamp

 _
I_I    Signal

 _
I_I    Air conditioner 

 _
I_I    Seat belt

 _
I_I     Meter 
  _
I_I     - Fuel 
  _
I_I     - Temperature 
  _
I_I     - Warning lamp door, engine oil,
  _
I_I     - 



JPJ
 _
I_I    Blakclist



AP

 _
I_I    Custom duty clear 




DRIVING

 _
I_I    Gear transmission no Gear hold and 
       no jerking before next gear

 _
I_I    Strength sound on driving 60km/h


       Normal rpm
 _
I_I    750 - 800 rpm - Manual
 _
I_I    1,000     rpm - auto

 _
I_I    Break mengejut at 25-30km, kereta tak lari

 _
I_I    Lepas tangan streng tak ubah haluan

 _
I_I    Break masa lepas tangan tak lari







































  • OFFLINE
  • Moderator
  • I Love AFN
  • Posts: 205
  •  
Tips Membeli Kereta Terpakai

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
? SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
? JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
? TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
? KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
? KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Petikan daripada Berita Minggu
2 Oktober 2005
Communicate In The Language Of The Common People
The following user(s) said Thank You: abu_firdaus

Re: Kongsi Tips Membeli Kereta Terpakai 22 Jan 2012 10:01 #2

  • akob73
  • OFFLINE
  • Moderator
  • I Love AFN
  • Posts: 205
  •  
INGIN MEMBELI KERETA TERPAKAI? BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PEMERIKSAAN YANG PERLU DILAKUKAN -10 PERINGKAT PEMERIKSAAN – INFORMASI DARIPADA PUSPAKOM.

By iz • Dec 6th, 2008 • Category: ! DAILY LATEST INFO
SUMBER : kereta.info/ingin-membeli-kereta-terpakai-berikut-merupakan-beberapa-pemeriksaan-yang-perlu-dilakukan-10-peringkat-pemeriksaan-informasi-daripada-puspakom/

Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut.



1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.

Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.
Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.

Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.

2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.

Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.
Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.

Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.
Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.

3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.

Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.

Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.


10 PERINGKAT PEMERIKSAAN KENDERAAN DI PUSPAKOM


1.Pengesahan Identiti Kenderaan @ Identification Check

Pemeriksaan nombor enjin dan casis bagi mengesahkan identiti kenderaan.

Verifies the engine and chassis number of your vehicle.

2.Pemeriksaan bahagian atas kenderaan @ Above Carriage Check

Memeriksa rapi ke atas komponen bahagian atas kenderaan selaras dengan keperluan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Detailed inspection for defects on the upper body in accordance with the Road Transport Act 1987.

3.Ujian Pengeluaran Asap @ Emission Test

Ketumpatan dalam pengeluaran asap oleh enjin diesel diukur melalui ujian pecutan bebas, dan jumlah gas-gas seperti HC, CO daripada enjin petrol diperolehi melalui ujian semasa enjin dalam keadaan statik.

Density of articles in diesel engine emissions are gauged through free acceleration tests and volume of gases e.g HC and CO from petrol engines are gauged through idling test.

4.Ujian Brek @ Brake Test

Pelbagai ujian pada brek servis, keseimbangan dinamik, kehausan, dan brek henti bagi mengetahui prestasinya.

Tests for brake service efficiency, dynamic imbalance, run-out, residual force and parking brake are conducted to ensure optimal braking performance.

5. Ujian Suspensi @ Suspension Test

Menguji prestasi sistem suspensi ( gegelung, penyerap hentak dan penyambungan) pada setiap gandar.

Checks the effectiveness of the suspension system ( springs, shock absorbers, joints) on each axle.

6.Ujian Gelincir sisi @ Side-Slip Test

Menguji tahap penjajaran dinamik gandar dan tayar.

Lateral movement of the vehicle is tested to fulfil ptimal road handling criteria.

7.Ujian Meter Laju @ Speedometer

Memeriksa ketepatan kelajuan pada meter laju berbanding kelajuan pada roda kenderaan.

Checks the accuracyof the speedometer against the road speed of the wheels.

8.Ujian Lampu Puncak @ Headlight Test

Munguji intensiti ( tahap cahaya) dan projeksi lampu puncak.

Measures the intensity and projection of the vehicle headlight.

9.Ujian Bahagian Bawah Kenderaan @ Undercarriage Check.

Pemeriksaan rapi pelbagai komponen bahagian bawah kenderaan melalui ujian anjakan gandar

Thorough inspection of the undercarriage with vehicle being tested on the Axle Play Detector.

10.Cermin Gelap @ Tinted Glass

Ujian cermin gelap, menentukan tahap ketelusan cahaya pada kenderaan.

The tinted glass test ascertains the Visible LightTransmission of your vehicle.

Source: Puspakom
Communicate In The Language Of The Common People