Cari Blog Ini

Ahad, 24 November 2013

Penyusuan 2 tahun

PENYUSUAN ANAK

Surah Al-Baqarah
(2;223)
 وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌۭ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦ ۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍۢ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍۢ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِ ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ

"And mothers suckle their children full two years; it is for one who wants to complete the (period of) suckling. And on him, to whom the child is born, falls the provision of food and clothing for them (the mothers) with fairness. Nobody is obligated beyond his capacity. No mother shall be made to suffer on account of her child, nor a man to whom the child is born, on account of his child. And on the heir it falls likewise. Now, if they want to wean, with mutual consent, and consulation, there is no sin on them. And if you want to get your children suckled (by a wet-nurse), there is no sin on you when you pay off what you are to give, as recognized. And fear Allah and be sure that Allah is watchful of what you do." 

(2:233) 



TAFSIR AYAT

Ulamak-ulamak AL-Azhar

Pendapat Ulamak-ulamak Al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-

Quran al-Karim’

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga 

kemaslahatan bayi”.



Al-Imam Ibnu Kathir

 al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:

‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan 

penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah 

tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.





Ibnu Taimiyyah

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:

‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) 

menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih

dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 

tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa 

beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.




Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah

tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih 

sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-

kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang 

menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu 

meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. 

(Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).


Adakah boleh menyusu lebih dari 2 tahun?

Imam Al-Qurtubi

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:

والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين

‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak 

memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.


Al-Imam Ibnu Al-Qayyim

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-

Maulud:

ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره

‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada setengah 

daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’




Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:

إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز 

للأم أن تستمر على 

إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه

‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak

 sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu 

menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak

 kemudaratan.’


Sheikh Dr Wahhab Az-Zuhaili
Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di 

dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:

فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة

‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia

 tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.


Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, 

maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS 

dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci 

yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah 

bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi 

maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.


Wallahu A'lam."

Sources;
Tuan @Syed Shahridzan

Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan TVAlhijrah, 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan