Cari Blog Ini

Ahad, 24 November 2013

Bersuci dari Anjing dan Khinzir

MEMBERSIHKAN DARI JILATAN ANJING

Hadith Sahih,

Baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud;

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).


Ada juga riwayat menyebut :-

'salah satu dengan air tanah' dan

ada riwayat mengatakan jumlah basuhan semua 8 termasuk air tanah



Pendapat Imam Al-Shafie

1. Bila anjing jilat bekas basuh 7 kali 
   (1 kali dengan air tanah)

2. Imam shafie mentafsirkan perkataan 'jilat' membawa maksud        'basah' (maksudnya jika basah pun kena samak juga)

3. Mentafsirkan hadith ini terpakai untuk babi sekali
   (mentafsirkan hukum samak ke atas babi sama seperti anjing)

4. Tidak beri alasan kenapa menyamakan anjing dan babi



Mazhab Lain

1. mentafsirkan maksud 'jilat' tak sama dengan 'basah'.

2. Bukti scientific menyatakan :-
   a) Jilatan Anjing mempunyai bekteria (pada air liur anjing)
   b) Basah terkena anjing tidak mempunyai bekteria
      (tiada bekteria pada kulit anjing yang normal)

3. Kalau pegang basah tak perlu samak 

4. Jilat perlu samak



Zaman Nabi

1. Anjing keluar masuk masjid, berdasarkan hadith berikut;-
   
      "Batal (terputus) solat seseorang kamu jika (telah lalu            dihadapan kamu) seorang wanita, seekor keldai atau anjing"


2. Menunjukkan anjing kadangkala lalu di dalam masjid ketika        orang sedang solat.



Pendapat Imam Al-Nawawi

1. Menyokong pendapat Mazhab yang mengatakan bahawa anjing tak      sama dengan khinzir lebih kuat dari segi dalil.

2. Najis khinzir tak perlu samak, kerana tidak menganggap hadis      tersebut terpakai hanya untuk anjing sahaja.



Imam Malik

1. Hadis basuh jilatan tak terpakai

2. Hadis untuk panduan sahaja
   (nak buat boleh, tak buat pun boleh)

3. Kerana menganggap bercanggah dengan ayat anjing buruan seperti    yang disebut dalam Surah Al-Maidah.

4. Hadis bab jilatan mungkin tersalah riwayat atau perbuatan ini
   hanya digalakkan, bukan diwajibkan oleh Baginda Rasulullah saw



NOTED

Surah Al-Maidah, ayat 4

Kajian mendapati gigitan anjing buruan tidak menghasilkan virus, berbeza dengan gigitan untuk di makan oleh anjing tersebut.

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)



Surah Al-Kahfi, ayat 18

“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18)



Hadis riwayat Al-bukhari
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sources;
Ust Asri Zainal Abidin

References;
http://drmaza.com/home/?p=2449



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan