Cari Blog Ini

Rabu, 5 Mac 2014

Ucapan salam / assalamualaikum



Hukum memberi salam?

Sunat

......................................................................................................

Hukum menjawab salam?
WAJIB

...................................................................................................
Boleh jawab salam dalam hati?
Tidak sah

............................................................................................................................................................

Kalau mendengar siaran langsung wajib tak menjawab salam?

Tidak wajjib menjawab salam dalam TV atau radio sekalipun
secara live/ siaran langsung

Yang wajib hanya 'face to face' sahaja


..........................................................................................................................................

SIAPA BOLEH BERI SALAM PADA SESIAPA?

1. Orang tua patut beri pada orang muda

2. Mak budak (wanita berumur kira-kira ibu kita) tidak
    haram memberi salam kepada lelaki yang lebih  muda
    umur peringkat anak-anaknya.

3. Orang lelaki muda beri salam pada wanita muda
    haram dengan niat mengurat


.............................................................................................................................................






DI MANA MAKRUH BERI UCAPAN SALAM?

1. Dalam toilet 

2. Ketika masuk ke majlis yang tengah bersidang
    e.g kelas pengajian yang sedang berlangsung

3. Masa orang tengah rancak berbual/
    atau sedang khusuk dengan apa-apa urusan

4. Masa orang tengah-tengah makan
    (salam dirumah kenduri dengan menghulurkan
    pergelangan tangan kerana tangan kanan ada makanan,
    perkara itu (menghulurkan pergelangan tangan) bukan
    sunnah

5. Semasa azan atau Iqamah

6. Ketika orang tengah membina sauf solat

7. Ketika orang tengah berzikir

Kesimpullah
Makruh beri salam ketika orang tengah-tengah khusuk 
melalukan sesuatu

Makruh memberi tetapi WAJIB menjawab

Jika dalam majlis zikir/kuliah pengajian, jika ada orang memberi
salam, salah seorang wajib jawab, jika tiada langsung orang
menjawab hukum berdosa.  Cukup sekadar hanya seorang menjawab.


.....................................................................................................................................................
JIKA HENDAK MENINGGALKAN MAJLIS?

Sunat memberi ucapan salam sahaja

Tak sunat bersalaman tangan


.............................................................................................................................................



Siapakah yang haram diberi ucapan salam?
Orang KAFIR









Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan