Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Mac 2014

Mayat, Bersin, Pencuri unta, tangan panjang, puasa 40 hari, majlis zikir tiada malaikat


Hadin No 21

Baginda Rasulullah saw bersabda;

"Tanda-tanda semakin dekat dengan kiamat ialah adanya
Ahli Ibadat yang Jahil dan Ulamak yang fasik"

Ulamak fasik yahanana yahanana
buat tangan seperti membelai serigala
Rasulullah sentiasa di hati orang soleh

*********
An-Nahl : 112

Datangkan 2 bala
1) Pakaian dari ketakutan
2) Pakaian dari kelaparan



Ar-Rum : 41
Semua bala Ujian pada orang beriman


.....................................................................................................................................................


Cara mohon hujan

1) Puasa sunat 40 hari
    Sahaja aku puasa sunat mohon diampunkan dosa

2) Solat hajat dan Qunut Nazilah

3) Solat sunat Istisqa


.............................................................................................................................

Rujuk Surah Yasin : ayat terakhir


..........................................................


Lelaki atau perempuan, syarat sah takbir
ialah dengan suara yang kuat sekurang-
kurangnya didengari telinga sendir



..............................................................................................................................................


Malaikat lari dari majlis ilmu jika di dalamnya ada pendengar yang
- memutuskan sillaturrahim
- Mencarut dalam majlis ilmu



....................................................................................................................................................



ULAMAK = Orang yang beramal dengan ilmunya


................................................................................................................................


Baginda Rasulullah tanya;
"tahukan kamu siapa yang mandul?"

Sahabat menjawab;
"orang yang tiada anak"

Baginda Rasulullah saw menjawab;
"mereka yang ada anak tetapi tiada seorang pun yang memberi
kebaikan (seperti mendoakan) ibu bapanya"


..................................................................................................................................................


HADIS 22

Dari Abu Anas, Baginda Rasulullah saw bersabda;

"akan datang kepada umatku 1 zaman iaitu orang yang berpegang
pada ajaran Islam seperti memegang bara api"

Riwayat Tarmizi


....................................................................................................


Baginda Rasulullah saw berkata;

"ada hak aku dengan kamu dan ada hak kamu dengan aku"

2 wajib
2 sunat
1 fardu ain

2 wajib
1. Jawab salam

Baginda Rasulullah saw bila sampai di Madinah
baginda berwasiat;

Tiap-tiap kali berjumpa orang Islam mesti beri salam

Salam membawa keamanan dan keselamatan

Aku tunjuk perkara yang membawa selamat & tenang
selamanya iaitu beri salam (tiada musuh)


................................................................................................

Nabi kata yang tangan paling panjang adalah paling baik
dikalangan isteriku (panjang tangan = rajin)
Tangan siapa paling panjang

Semua isteri Rasulullah mengukur tangan masing-masing
didapati tangan Zainab Binti Jahsh yang paling panjang

Rasulullah saw berkata dia hebat kerana
Dari sebiji gandum, di tumbuk menjadi tepung, 
dari tepung, di uli menjadi roti
dan disuap kepada Baginda Rasulullah saw


...........................................................................................................................................


Surah Al-Maa'uun

Turun di Mekah untuk Abu Jahal dan 
sebahagian ayat lagi untuk Abdullah bin Ubair


Baginda Rasulullah saw bertanya,
tahukan kamu siapakah penipu (pada hari kiamat)

Orang yang membenci anak yatim

Anak yatim mesti sebelum baligh
lepas baligh tak dikira yatim lagi


.........................................................


15 orang Arab Badwi jumpa Baginda Rasulullah

mereka tanya Rasulullah ;
"Adakah betul tuan berkata kalau nak selamat rajin-rajin bagi orang makan?"

Baginda menjawab "Ya"

Meraka menjawab
"wahai tuan, kami datang dari jauh, bolehkah beri kami makan?"

Baginda Rasulullah saw menyediakan makan

Mereka berkata lagi;
"Kami letih, boleh sediakan tempat tidur?"

Baginda menyediakan tempat tidur



Ketika tidur, mereka membunuh pengawal yang menjaga
pintu gudang simpanan harga zakat, 
ada 50 unta ketika itu

menculik anak perempuan pengawal tersebut

Mencuri unta dan duit


Mereka melarikan diri,
kerana terlalu panas mereka bersembunyi di bawah batu,
takut tentera Baginda Rasulullah saw datang menyerang.
Akhirnya mereka tertidur kepenatan

Tawanan wanita (anak pengawal) telah berjaya membuka ikatan
dan cuba melarikan diri

Ketika memegang unta pertama, unta itu menjerit,
kemduian ke unta kedua pun menjerit,
ke unta ketiga dia senyap,
dia menunggang balik

Dalam perjalanan unta penat kerana tidak makan dan minum
hampir mati

wanita itu bernazar, jika sampai ke Madinah dia akan 
menyembelih unta ini untuk diberi makan kepada penduduk madinah

Akhirnya dia sampai ke Madinah,
Orang terkejut tengok dia nak unta kesayangan Baginda Rasulullah saw

Baginda Rasulullah saw menyuruh dia balik berehat dan tidur,
esok baru datang dan ceritakan apa yang berlaku
dia tidak senang hati dan menceritakan kisah nazarnya

Baginda Rasulullah saw menegur dan berkata
"Tidak boleh bernazar dengan harta orang lain"

Unta Rasulullah ada 2 yang disayangi Baginda 

1. Quswa
2. Adba 

Adba setiap malam dibawa tidur bersama-sama kawan-kawannya
di tempat zakat yang mengandugi 50 ekor unta


Hak antara orang Islam

Beri Salam

Ziarah Orang sakit
-sebaik smpai doa dulu
-Bagi semangat pada pesakit
-Jangan lama

Mengiringi Jenazah
- Nabi kata pahala 2 Jabal Uhud
- jangan cakap benda-benda merapu dekat mayat dan
  di tanah perkuburan

Dalam kitab Bahrul Mazi,
Bab Api Neraka
"orang mati kafir sebatang gigi saja sebesar
 Jabal Uhud"

Orang Islam saiz sedia ada, tidak besar atau kecil dari saiz asal


Bagi Makan

Menyempurnakan hajat orang menjemput

Jawab orang bersin bila orang bersin berkata
Alhamdulillah

- Hanya wajib jawab bila orang yang bersin berkata Alhamdulillah sahaja
- jawabnya Yarhamkumullah
- Hanya wajib jawab sebanyak 3 kali saja, kali ke 4 tak wajib
- Ia adalah Fardu Ain
- Kalau kita bersin kali ke 4, mintalah pada Allah dengan berkata
  "Ya Allah sembuh dan hilangkan penyakit dari tubuhku"





Ust Mohd Amin
Hadis Akhir Zaman
11 Mac 2014
Kuliah Magrib
Tmn Bkt Teratai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan