Cari Blog Ini

Jumaat, 10 Januari 2014

Imam Hassan Al-Basri dan Istiqhfar dan pencuri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
بسم الله الرحمن الرحيم 

KELEBIHAN ISTIGHFAR
أستغفر الله العظيم 

Dalam kitab مشكاة المصابيح ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang dtg kpd Imam Hasan Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu dijawab: "Beristighfarlah". Datang yg lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: "Beristighfarlah". Datang yg lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: "Beristighfarlah". Datang pula yg lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: "Beristighfarlah". Lalu ditanya mengapa jawapannya semua sama bagi soalan berbeza.

Katanya: "Ini bukan pendapatku, inilah yg Nabi Nuh a.s sebut".
Lalu membaca ayat dari Surah Nuh: 9 -12.
Semoga kita dpt melazimkan diri dgn istighfar kpdNya sentiasa.

Surah Nooh, ayat 9 - 12:

ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

"Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

اللهم أنت ربّي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شرِّ ما صنعتُ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء بذنبي فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.


Sources: 
Ustaz Zahazan Mohamed



....................................................................


HASSAN Al-BASRI

Abu Said Al-Hassan Ibn Hassan Al-Basri

Bapanya seorang jurutulis wahyu


Lahir di Madinah

Menyusu dengan Ummu Salamah (dikatakan ibunya)
Isteri Baginda Rasulullah saw

Lahir 642 Masihi = 21 Hijrah

Pernah berguru dengan sahabat-sahabat nabi

Ditanya Ali
Apa kebaikan agama = warak
& yang merosakan agama = tamak

takut berdukacita sepanjang hari

Pesan pada
Umar = gabenor iraq
Khalifah Yazid
jgn takut pada Yazid, takut pada Allah
Yazid tak boleh pisahkan kamu dari Allah
tapi Allah bila-bila boleh hantar malaikat ambil nyawa kamu
meninggalkan istana indah kepada kubur yang sempit

Waspada dengan dunia mainan

zuhud

MENINGGAL

Basra

Umur 89 tahun

728 Masihi
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan