Cari Blog Ini

Selasa, 21 Januari 2014

Jamak Qasar

SOLAT JAMAK DAN QASAR

(shortening prayer)


JAMAK 
1. Himpunkan saja tidak memendekkan, tetap 4 rokaat
   i ) Zohor 4 rokaat dengan Asar 4 rokaat,

   ii) Magrib 3 rokaat dengan Isyak 4 Rokaat

2. Solat subuh tidak boleh dihimpunkan dengan
   mana-mana solat.

3. Jamak (himpunkan) boleh dilaksanakan walaupun 
   tidak dalam perjalanan (musaffir)

4. Qasar (memendekkan) hanya boleh dilaksanakan
   bagi orang dalam perjalanan sahaja(musaffir.)

solat tidak dapat dilaksanakan dalam waktunya kerana :-
   a) Doktor dalam pembedahan
   b) Pelajar dalam peperiksaan 
   c) Terperangkap dalam kesesakkan
      (tak wajib Qhado solat jika dilaksanakan dalam keadaan:-
       i ) ada wuduk
       ii) Menutup aurat
       - Jika tidak memenuhi 2 perkara di atas wajib Qhado
   d) Darurat
   c) Bahaya
   d) Hujan 
      (mesti dengan pengumuman pihak surau atau masjid)
      (untuk solat jemaah di masjid dan surau sahaja
       bukan dirumah)



QASAR
1. Pendekkan rokaat solat zohor atau Asar atau Isyak

2. Solat Magrib 3 rokaat tidak boleh diqasarkan/dipendekkan

3. Untuk yang musaffir sahaja/dalam perjalanan bukan bermastautin



JAMAK TAKDIM
1. Himpunkan solat pada waktu solat pertama 
   (Dilaksanakan pada waktu Zohor atau magrib)

   i ) Zohor dengan Asar dilaksanakan pada waktu Zohor

   ii) Magrib dengan Isyak  dilaksanakan pada waktu Magrib



JAMAK TAKHIR
1. Himpunkan solat pada waktu solat kedua (akhir) 
   (Dilaksanakan pada waktu Asar atau Isyak)

   i ) Zohor dengan Asar dilaksanakan pada waktu Asar

   ii) Magrib dengan Isyak  dilaksanakan pada waktu Isyak



MUSAFFIR
1. Orang dalam perjalanan

2. Berhenti di sesuatu tempat kurang dari
   3 hari

3. Telah sampai ke tempat yang dituju,
   tetapi tinggal di sana tidak lebih 
   dari 3 hari (ditolak hari berangkat 
   hari tiba)

3. Boleh himpun dan Pendekkan solat



BERMUKIM
1. Orang yang bermalam di sesuatu tempat
   lebih dari 3 hari, sama ada telah sampai
   atau belum sampai ke destinasi yang dituju.

2. Orang yang telah sampai ke rumah.

3. Orang yang telah sampai ke tempat yang dituju
   dan tinggal di sana lebih dari 3 hari



Q&A / SOALAN
Musaffir dan Jamak & Qasar


1. Saya dalam perjalanan, bas tidak berhenti untuk solat subuh?

   - Solatlah dalam bas

   - Angkat takbir dengan kepala menghadap kiblat
    (jika diketahui arah kiblat)
   
   - Selepas takbir, kepala dialihkan dan
     duduklah di atas kerusi seperti biasa


   
2. Jika solat dalam bas, adakah perlu diulang semula solat
   setelah sampai di rumah ?
   
   - Tidak perlu jika memenuhi 2 perkara dibawah :-
     1) Menutup Aurat
     2) Ada wuduk (atau dengan tayamum)
     (jika tidak memenuhi 2 perkata di atas
      wajib diulang semula)



3. Apakah hukum solat Jamak dan Qasar?

   - Hukumnya adalah HARUS
     (Buat    - tak dapat pahala lebih)
     (Tinggal - tidak berdosa)



4. Jika keluar pada hari jumaat, sebelum Subuh, bolehkah Jamak
   solat Jumaat?
   
   - Boleh, SYARAT BERTOLAK SEBELUM SUBUH

   - boleh menghimpunkan solat Jumaat denga Asar
     solat jumaat bersama-sama imam kemudian teruskan
     2 rokaat solat asar.

   - Jumaat tidak diwajibkan lagi, boleh ganti dengan zohor
     jika mahu.



5. Jika keluar pada hari Jumaat, SELEPAS masuk waktu 
   Subuh, bolehkah dijamakkan Solat Jumaat?

   - Tidak gugur kewajipan solat Jumaat
     kerana BERTOLAK SELEPAS Subuh

   - Wajid solat Jumaat jika melalui kawasan masjid 
     dan kita berupaya berhenti di Masjid
     (contoh bawa kereta sendiri)
   
   - KECUALI
     1. Menaiki kapal terbang
        (Perjalanan yang tidak dapat dielakkan kerana waktu
         penerbangan tidak boleh dikawal oleh kita sendiri)
  
     2) Dengan keretapi
        (kerana tidak boleh berhenti di Masjid)

     3) Dengan Kapal laut atau Ferry
        (kerana tidak melalui kawasan masjid)



6. Bolehkah solat Jumaat dihimpun dan dipendekkan 
   dengan waktu Asar?
   
   - Boleh
  
   - Tunaikan solat Jumaat bersama imam,
     selepas salam, terus tunaikan solat asar 2 rokaat

   - Niat solat Jumaat 2 rokaat dihimpun dengan asar

   - Solat Jumaat tidak boleh dihimpunkan pada 
     waktu asar

   - Jika dilaksanakan dalam waktu asar, tunaikan solat Zohor



7. Bolehkah orang yang menghimpunkan dan memendekkan
   solat (seorang musaffir), solat bersama-sama Imam yang 
   solat biasa?

   - Seorang musaffir BOLEH mengikut Imam yang solat biasa,
     Jika rokaat solat Imam tersebut SAMA dengan 
     rokaat kita yang sedang musaffir, contohnya :-

     - Imam solat jumaat 2 rokaat (SAMA ROKAAT), 
       kita sambung dengan solat Asar 2 rokaat selepas itu.

     - Imam solat Magrib 3 rokaat (SAMA ROKAAT), 
       selepas itu kita sambung Isyak lagi 2 rokaat.

   - BOLEH Jika dihimpunkan tetapi TIDAK DIPENDEKKAN,
     Selepas mengikut imam 4 rokaat Zohor (SAMA ROKAAT)
     kemudian tunaikan solat asar 4 rokaat  
   
   - Syarat-syaratnya 
     a) Rokaat kita SAMA dengan Imam

        TIDAK BOLEH jika Imam solat 4 rokaat sedangkan 
        kita solat 2 rokaat (kerana memendekkan rokaatnya)

        TIDAK BOLEH rokaat imam lebih banyak dari
        rokaat kita


     b) BOLEH mengikut imam yang solat biasa 
        jika kita akan pendekkan jumlah rokaat
        dari 4 kepada 2 

        DAN secara kebetulan

        imam tersebut telah solat 2 rokaat zohor
        dimana dia akan bangun menunaikan lagi
        2 rokaat (iaitu baki rokaat ke 3 dan ke 4)

        Maksudnya, rokaat kita (2 rokaat) sama dengan baki
        rokaat imam yang solat biasa (baki 2 rokaat
        imam tersebut untuk rokaat ke 3 dan ke 4)

    - BOLEH jika rokaat imam tersebut kurang dari
      jumlah rokaat kita.
      Maksudnya rokaat kita lebih panjang dari imam 
      yang solat biasa
      imam akan menyudahi solatnya terlebih dahulu dari kita.



9.  Berapa hari dibenarkan menghimpunkan (jamak) dan
    memendekkan (qasar) jika kita akan menetap atau
    berhenti sementara di sesuatu tempat?

    - Boleh jamak dan qasar jika kita berhenti atau 
      menetap di sesuatu tempat tidak lebih dari 3 hari
      (termasuk tempat itu adalah destinasi yang dituju
      contohnya balik kampung)

      - dikira dari hari tiba
      - Tidak termasuk hari berangkat pergi dan 
        hari bertolak pulang

    NOTA
    - BOLEH jamak & Qasar selama 15 hari 
      mengikut mazhab Imam ABU HANIFAH

    - Hanya 3 hari dibolehkan mengikut Mazhab
      Imam Syafie, Maliki & Hambali



10. Bolehkah menghimpun dan memendekkan solat
    untuk TIGA HARI PERTAMA, jika kita akan
    menginap lebih dari 3 hari di sesuatu tempat? 
    
    - Hukumnya haram jika kita SUDAH PASTI akan
      menetap di sesuatu tempat lebih dari 3 hari



11. Saya akan keluar bertugas di satu tempat,
    tetapi tidak tahu berapa lama akan tinggal 
    di sana, dan hanya akan pulang selepas
    tugas tersebut selesai, berapa hari saya
    boleh menghimpunkan dan memendekkan solat?

    - 18 hari mengikut Imam Syafie
      pada hari ke 19 dan seterusnya perlu 
      solat seperti biasa.

    - Tidak ada had, boleh solat Jamak & Qasar
      sehingga selesai tugas, walaupun beberapa
      tahun jika mengikut Mazhab Hambali, Maliki 
      dan Abu Hanifah




12. Boleh Qhado solat Jamak dan Qasar?

    - BOLEH diQhado solat yang dihimpunkan 
      dan yang dipendekkan, jika masih dalam
      status MUSAFFIR

    - TIDAK BOLEH dipendekkan jika hilang
      status musaffir, hendaklan ganti seperti
      biasa jika dalam status BERMASTAUTIN.



13. Selepas Solat Jamak & Qasar pada pukul 2 petang,
    saya telah tiba di rumah ketika waktu zohor, 
    pada jam 3 petang, perlukah saya solat
    Asar selepas masuk waktu Asar?

    - Tidak perlu



14. Apakah perkara-perkara yang menyebabkan saya
    tidak layak menghimpun dan memendekkan solat?

    - Bermusaffir untuk perkara-perkara HARAM

    - Status musaffir bertukar menjadi status
      bermastautin


    
wallahualam  / Allah knows best


HANTARKAN SOALAN KE

 https://www.facebook.com/mohdshahrizanmohdsaad/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan