Cari Blog Ini

Ahad, 16 Mac 2014

Solat takbir, khusyuk, Zulkarnain


MENANGKAT TAKBIR DALAM SOLAT

2 jenis

Hakiki 
Niat mula dari Allah hingga akbar (full range)

Hurfi
Niat dulu atau kemudian
tak seiring dengan takbir
(Samada takbir bermula dulu atau niat habis dulu
sebelum takbir selesai)


IMAM AL -GHAZALI
Orang awam cukup laa dapat peringkat 'HURFI' dah ok laa tu


.......................................................................................................................................................



HUKUM ANGKAT TANGAN MASA TAKBIR
SUNAT HAIAT (tak perlu sujud sahwi jika lupa)

LAFAZ ALLAH HU AKBAR = WAJIB


............................................................


Angkat takbir

Hujung jari tangan sama tinggi dengan hujung
telinga bahagian atas

ada pendapat

Hujung jari sama tinggi hujung bawah cuping telinga


Berbeza dengan sujud tangan selari bahu


......................................................................................................................................................



LETAK TANGAN KETIKA BERDIRI TEGAK/QIAM

Pendapat 4 mazhab

1. HAMBALI - letak tangan di dada

2.SHAFIE - atas pusat, ke kiri sikit

3. HANAFI - bawah pusat

4.MALIKI - tak angkat tangan



......................................................................................................................................................


DOA IFTITAH

Doa pembukaan

Sunat dalam semua solat kecuali solat jenazah

Minimum panjang hingga
"Hi buk ro taw wa asila"

Qunut Min Panjang
"Allahurm maqfirli"


..............................................................................................

SYAITAN HASUT MASA NAK MATI

jangan tinggalkan orang nazak sendirian
nanti syaitan ambil kesempatan

Bisikkan "Laa ila ha il Allah"

Min, bisikkan  "Allah" padanya

SAKARAT = MABUK

Orang kuat iman, syaitan nak cabut kalimah
Li ila ha ill Allah tu susah

Orang tak kuat iman mudah terhasut untuk mati
dalam bukan Islam


Kuliah Magrib
7 March 2014
Tmn Bkt Teratai


.......................................................................................................................................................

Dari Abu Said AL-Qudri

Ketika nabi terdengar seseorang membaca Al-Quran dengan
suara yang tinggi nabi kata;
"Jangan baca kuat hingga mengganggu orang solat"

..........................................................................................................................................................

NABI arahkan bunuh 2 binatang buas ketika
bersolat iaitu Kala Jengking dan Ular

(takut ganggu solat dan buat hati tak khusyuk)


...........................................................

Menggerakkan tangan menutup handphone adalah perkara wajib
kerana baca Al-Quran kuat pun tak boleh sampai ganggu orang solat
inikan pula nada dering mengganggu konsentrasi orang lain


.............................................................................................................................................


Dari Ibnu Kathir

Umar tanya Baginda Rasulullah saw
"Apadia taqwa?"

Baginda jawab;
"Besa lalu jalan berduri?"

Umar jawab;
"biasa"

Baginda tanya;
"Bagaimana kau laluinya?"

Umar jawab;
"dengan penuh berhati-hati takut terkena duri"

Baginda saw jawab
"Itulah taqwa"

........................................................................................................................................................

Solat adalah bicara kita dengan Allah

Khutbah Jumaat
Masjid UTM
7 March 2014




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Angkat Takbir

Surrender kepada Allah (serah diri pada Allah)

Menolak semua perkara kerana mahu concentrate 
dalam solat



Ibnu Abbas kata;
"Cukup sekadar surah Al-Asr,
cukup berguna sampai mati"


Zulkarnain

Memerintah  dari terbit hingga terbenam matahari

Kuasa terbsesar selepas Nabi Sulaiman

Selepas meninggal diarak ke merata tempat dengan tangannya
diletakkan di luar sebagai tanda 'betapa berkuasa pun bila mati
tidak leh bawa apa2"


Hadis Baginda Rasulullah bersabda;
"Hati itulah istana Allah"

Hati orang mukmin sentias berdenyut dengan Allah

Allah beri akal untuk berfikir, jarang berfikir hati tersumbat

Ilmu kena kunyah, kalau telan tak rasa


Ust Ismail Awang Teh
Kuliah Magrib Tmn Bkt Teratai
6 March 2014

Adab Makan Rasulullah

Adab Makan Rasulullah

Umar bin Abu Salamah,
seorang anak kecil
anak tiri baginda Rasulullah saw
ketika dia makan,
ditegur Baginda Rasulullah saw ;
"Baca bismillah,
 makan dengan  tangan tangan,
 ambil yang paling dekat dahulu"


................................................................................................................................................


1 ketika,
ketika baginda Rasulullah dan
para sahabat, sedang berada di depan hidangan,
Biasanya, semua orang tunggu Baginda
Rasulullah yang akan mula menyentuh makan,
kemudian diikuti oleh para sahabat.

1 ketika,
ketika Baginda Rasulullah dan para sahabat
sedang berada di depan hidangan,
datang seorang Badwi, kemudian dia terus
menghulurkan tangan,
baginda menarik tengan Badwi itu
dari menyentuh makanan,
kemudian, datang seorang wanita,
terus ingin menyentuh makanan,
Baginda Rasulullah saw menarik pula
tangan wanita itu,
Kemudian Baginda Rasulullah saw bersabda;
"Syaitan telah menghantar seorang lelaki 
Badwi untuk memulakan makan kita tanpa bismillah,
bila aku tarik tangannya, dia menghantar lagi 
seorang wanita, agar kita memulakan makan tanpa 
basmalah, supaya dia (syaitan) akan dapat
bersama-sama menikmati hidangan kita"

Bagi orang yang layak untuk menyentuh makanan
terlebih dahulu

Makan jangan sendirian

Sunat berbicara 


.....................................................



Dari kitab Imam Nawawi
Hadis bermaksud;
"Seseorang yang masuk ke dalam rumah tanpa Bismillah,
maka syaitan akan berkata 'hari ini kita mendapat tempat
tidur', jika makan tanpa Bismillah, maka syaitan akan berkata
'hari ini kita telah dapat makan bersama'"



...............................................................................................................

Mulakan makan dari bawah
(jika berbukit)


Rasulullah saw bersabda;
"Jika makanan jatuh, bersihkanlah kotoran"

jangan biarkan makanan yang jatuh dimakan syaitan

Basuh jika makanan tak memudaratkan





.....................................................................................................................


Bila makan susu Baginda Rasulullah saw membaca
"Allah hum ma ba rik lana fi ma rozak tana 'wa zinna min hu'********

Baginda Rasulullah saw berkata;
"tidak ada yang boleh menggantikan makanan melainkan susu
atau air zam-zam"


...............................................................................................................................................



Doakan orang yang memberi makan

Seseorang menuang minuman kepada Baginda Rasulullah saw
Baginda mendoakan
"Berilah kemudaan kepadanya"
Lelaki itu tidak beruban hingga tua

Seorang lagi
"Umurnya panjang hingga umur 93 tahun"


................................................................................................................................................


Ada riwayat mengatakan Baginda Rasulullah saw
hanya membaca "bismillah" sahaja ketika minum


Minum 3 teguk,
1 teguk bernafas,
teguk ke2 bernafas
dan k3 bernafas


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Makanan kegemaran Baginda Rasulullah saw

Satu ketika nabi dilihat makan labu terlebih dahulu

Gandum kasar

Kambing
Baginda Rasulullah meminta;
"bawakan bahu kambing bahagian depan"

selepas habis, Baginda meminta lagi

Hingga kali ke tiga,
penyedia makanan berkata
"Ya Rasulullah, seekor kambing hanya ada 2 sahaja"


Habib Ali Zainal Abidin
TV3
16 Mac 2014






Sabar

sabar

Allah sebut perkataan 'sabar' dalam Al-Quran
lebih dari 70 kali


........................................................


Baginda Rasulullah saw bersabda;
"semua ujian untuk menghilangkan dosa
hingga kamu bersih menemui Allah"
Hadis Tirmizi

Sabtu, 15 Mac 2014

Mayat, Bersin, Pencuri unta, tangan panjang, puasa 40 hari, majlis zikir tiada malaikat


Hadin No 21

Baginda Rasulullah saw bersabda;

"Tanda-tanda semakin dekat dengan kiamat ialah adanya
Ahli Ibadat yang Jahil dan Ulamak yang fasik"

Ulamak fasik yahanana yahanana
buat tangan seperti membelai serigala
Rasulullah sentiasa di hati orang soleh

*********
An-Nahl : 112

Datangkan 2 bala
1) Pakaian dari ketakutan
2) Pakaian dari kelaparan



Ar-Rum : 41
Semua bala Ujian pada orang beriman


.....................................................................................................................................................


Cara mohon hujan

1) Puasa sunat 40 hari
    Sahaja aku puasa sunat mohon diampunkan dosa

2) Solat hajat dan Qunut Nazilah

3) Solat sunat Istisqa


.............................................................................................................................

Rujuk Surah Yasin : ayat terakhir


..........................................................


Lelaki atau perempuan, syarat sah takbir
ialah dengan suara yang kuat sekurang-
kurangnya didengari telinga sendir



..............................................................................................................................................


Malaikat lari dari majlis ilmu jika di dalamnya ada pendengar yang
- memutuskan sillaturrahim
- Mencarut dalam majlis ilmu



....................................................................................................................................................



ULAMAK = Orang yang beramal dengan ilmunya


................................................................................................................................


Baginda Rasulullah tanya;
"tahukan kamu siapa yang mandul?"

Sahabat menjawab;
"orang yang tiada anak"

Baginda Rasulullah saw menjawab;
"mereka yang ada anak tetapi tiada seorang pun yang memberi
kebaikan (seperti mendoakan) ibu bapanya"


..................................................................................................................................................


HADIS 22

Dari Abu Anas, Baginda Rasulullah saw bersabda;

"akan datang kepada umatku 1 zaman iaitu orang yang berpegang
pada ajaran Islam seperti memegang bara api"

Riwayat Tarmizi


....................................................................................................


Baginda Rasulullah saw berkata;

"ada hak aku dengan kamu dan ada hak kamu dengan aku"

2 wajib
2 sunat
1 fardu ain

2 wajib
1. Jawab salam

Baginda Rasulullah saw bila sampai di Madinah
baginda berwasiat;

Tiap-tiap kali berjumpa orang Islam mesti beri salam

Salam membawa keamanan dan keselamatan

Aku tunjuk perkara yang membawa selamat & tenang
selamanya iaitu beri salam (tiada musuh)


................................................................................................

Nabi kata yang tangan paling panjang adalah paling baik
dikalangan isteriku (panjang tangan = rajin)
Tangan siapa paling panjang

Semua isteri Rasulullah mengukur tangan masing-masing
didapati tangan Zainab Binti Jahsh yang paling panjang

Rasulullah saw berkata dia hebat kerana
Dari sebiji gandum, di tumbuk menjadi tepung, 
dari tepung, di uli menjadi roti
dan disuap kepada Baginda Rasulullah saw


...........................................................................................................................................


Surah Al-Maa'uun

Turun di Mekah untuk Abu Jahal dan 
sebahagian ayat lagi untuk Abdullah bin Ubair


Baginda Rasulullah saw bertanya,
tahukan kamu siapakah penipu (pada hari kiamat)

Orang yang membenci anak yatim

Anak yatim mesti sebelum baligh
lepas baligh tak dikira yatim lagi


.........................................................


15 orang Arab Badwi jumpa Baginda Rasulullah

mereka tanya Rasulullah ;
"Adakah betul tuan berkata kalau nak selamat rajin-rajin bagi orang makan?"

Baginda menjawab "Ya"

Meraka menjawab
"wahai tuan, kami datang dari jauh, bolehkah beri kami makan?"

Baginda Rasulullah saw menyediakan makan

Mereka berkata lagi;
"Kami letih, boleh sediakan tempat tidur?"

Baginda menyediakan tempat tidur



Ketika tidur, mereka membunuh pengawal yang menjaga
pintu gudang simpanan harga zakat, 
ada 50 unta ketika itu

menculik anak perempuan pengawal tersebut

Mencuri unta dan duit


Mereka melarikan diri,
kerana terlalu panas mereka bersembunyi di bawah batu,
takut tentera Baginda Rasulullah saw datang menyerang.
Akhirnya mereka tertidur kepenatan

Tawanan wanita (anak pengawal) telah berjaya membuka ikatan
dan cuba melarikan diri

Ketika memegang unta pertama, unta itu menjerit,
kemduian ke unta kedua pun menjerit,
ke unta ketiga dia senyap,
dia menunggang balik

Dalam perjalanan unta penat kerana tidak makan dan minum
hampir mati

wanita itu bernazar, jika sampai ke Madinah dia akan 
menyembelih unta ini untuk diberi makan kepada penduduk madinah

Akhirnya dia sampai ke Madinah,
Orang terkejut tengok dia nak unta kesayangan Baginda Rasulullah saw

Baginda Rasulullah saw menyuruh dia balik berehat dan tidur,
esok baru datang dan ceritakan apa yang berlaku
dia tidak senang hati dan menceritakan kisah nazarnya

Baginda Rasulullah saw menegur dan berkata
"Tidak boleh bernazar dengan harta orang lain"

Unta Rasulullah ada 2 yang disayangi Baginda 

1. Quswa
2. Adba 

Adba setiap malam dibawa tidur bersama-sama kawan-kawannya
di tempat zakat yang mengandugi 50 ekor unta


Hak antara orang Islam

Beri Salam

Ziarah Orang sakit
-sebaik smpai doa dulu
-Bagi semangat pada pesakit
-Jangan lama

Mengiringi Jenazah
- Nabi kata pahala 2 Jabal Uhud
- jangan cakap benda-benda merapu dekat mayat dan
  di tanah perkuburan

Dalam kitab Bahrul Mazi,
Bab Api Neraka
"orang mati kafir sebatang gigi saja sebesar
 Jabal Uhud"

Orang Islam saiz sedia ada, tidak besar atau kecil dari saiz asal


Bagi Makan

Menyempurnakan hajat orang menjemput

Jawab orang bersin bila orang bersin berkata
Alhamdulillah

- Hanya wajib jawab bila orang yang bersin berkata Alhamdulillah sahaja
- jawabnya Yarhamkumullah
- Hanya wajib jawab sebanyak 3 kali saja, kali ke 4 tak wajib
- Ia adalah Fardu Ain
- Kalau kita bersin kali ke 4, mintalah pada Allah dengan berkata
  "Ya Allah sembuh dan hilangkan penyakit dari tubuhku"





Ust Mohd Amin
Hadis Akhir Zaman
11 Mac 2014
Kuliah Magrib
Tmn Bkt Teratai

Kassim Ahmad Anti Hadis

Kassim Ahmad anti Hadis


Katanya:

1. Kajiannya telah 39 tahun

2. Tak takut neraka

3. Tak takut Dosa

4. Solat kita semua tak sah
    "Fa wailul lil musolli"
    Kita yang solat akan masuk neraka wail

5. Tak kisah orang kata dia murtad

6. 



Mohamad Mustafa
Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kuliah Magrib 15 Mac 2014
Surau Tmn Bkt Teratai


}]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]



KASSIM AHMAD

Menyebabkan kesesatan

Patut dihukum di bawah hukum ta'zir

Kerajaan wajib ambil tindakan

HUKUM TA'ZIR
1.  Tangkap

2. Buktikan

3. Tahan & Tarbiah
    Supaya dia insaf
    3 tahun, tak insaf tambah lagi

4. Perkara yang terakhir jika masih tidak mahu
    insaf barulah hukuman MATI

Menuduh Nabi Adam bodoh kerana memakan buah Quldhi,
menyebabkan kena keluar dari syurga dan
menyebabkan semua anak cucu adam jadi susah



PEMBENTANGAN SEMINAR KASSIM AHMAD

Turut disertai oleh Mahathir

7  perkara dibentangkan

1. mengugurkan kalimah syahadah yang kedua iaitu
    "Muhammadul Rasulullah"

jawapan JAKIM
Murtad dan dosa besar menggugurkan kalimah tersebut
Hanya Abu Thalib saja yang diberi keistimewaan
Baginda Rasulullah saw bersabda kepada datuknya
"aku telah mohon pada Allah agar engkau diberi keistimewaan,
agar engkau tidak perlu malu kerana terpaksa menyebut namaku/
aku malu kau menyebutnya"

Baginda bersabda lagi
"Sebutlah, kelak aku akan jadi pembelamu"

Abu Jahal* pula berkata
"Adakah engkau mahu meninggalkan ajaran Abdul Mutallib (Musryik)"

Kemudian baginda sedih, maka turunlah ayat Al-Quran
"Kamu tidak boleh memberi hidayah kepada sesiapa pun,
melainkan Allah"**


2. Rambut bukan Aurat

Ini Diskriminasi dan menyusahkan wanita
tiada pembelaan

Jawapan JAKIM

Rambut sebagai Aurat adalah IJMAK ULAMAK
4 MAZHAB

Tolak Ijmak Ulamak HUKUMYA SESAT



3.Tolak sistem rujuk pada alim ulamak kerana
dikatanya menyamai sistem kasta dan paderi

Jawapan JAKIM
Ulamak pewaris nabi

Ayat Al-Quran*
"Orang yang takut pada Allah adalah Alim Ulamak"


4. Al-Quran kena tafsir ikut logik akal

Jawapan Ust kuliah
Al-Quran boleh ditafsir semula, tetapi
mesti berlandaskan hukum hadis dan pendapat ulamak
yang tafsir perkara-perkara yang berkaitan dengan zaman moden


5.Tolak hadis sebagai sumber hukum kedua

jawapan JAKIM
Dalam Al-Quran hanya sebut "haram makan daging babi"
tidak disebut tulang, otak, kulit, bulu etc,
jika tidak berdasarkan hadis, hanya menggunakan 
ayat Al-Quran, maksudnya boleh makan tulang babi,
Kulit babi, Otak babi, Bulu Babi.



Bab solat tidak disebut berapa rokaat dalam Al-Quran
hanya berdasarkan hadis solat Subuh 2 rokaat,
Zohor 4 Rokaat, Magrib 3 Rokaat dan Isya 4 Rokaat
semua berdasarkan perbuatan Baginda Rasulullah.




.........................................................


SYARAT WAJIB UNTUK TAFSIR SEMULA AL-QURAN

Ada 15 ilmu/Perkara/aspek yang perlu didalami

1. Nahu

2. Hadis

3. Tafsir

4. Fekah

5. Tauhid

6. Mantik

7. Bayan

8. Maani

9. Laduni (Ilham Allah)

10. etc. 



Ust Zawari Che Ali
Kuliah Magrib
Tmn Bkt Teratai
28 Feb 2014


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

ANTI HADIS

HADIS BERMAKSUD 

Hadis ialah kata-kata, 
jika hadis saya, bermakna kata-kata saya
Jika Hadis Ah Chong, bermaksud kata-kata Ah-Chong

tetapi dalam contact agama Islam HADIT BERMAKSUD;-

KATA-KATA Baginda Rasulullah saw

PERBUATAN Baginda Rasulullah

PERAKUAN/LARANGAN Baginda Rasulullah saw
(e.g; baginda diam dengan sesuatu yang sahabat lakukan
e.g; kisah makan Dhob, ketika sahabat makan Dhob,
Baginda Rasulullah tidak turut makan, malah baginda tidak 
melarang)

..............................................................................................


APA AKAN BERLAKU JIKA KITA MENOLAK HADIS?


Di Dalam Al-Quran, Allah menyatakan dalam Al-Quran
supaya kita mengikut nabi

Ayat Al-Quran;
"Ikut apa yang diwahyukan (Al-Quran)"


An Nisa (Chapter 4, verse 59)

"O you who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result."

"Beriman kepada Allah, taatlah kamu kepada Allah, pada Rasul dan
Ulil Amri, sekiranya kamu berbalah, kembalilah kepada Allah dan
Rasulnya (Al-Quran dan Sunnah)"


...........................................................................................

Ali Imran 3:31 (Chapter 3, verse 31)

Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."

Maksud Ayat;
Jika kamu cintakan Allah, ikut nabi,
TIDAK disebut jika kamu cintakan Allah ikut Al-Quran (sahaja)

Al-A'Raf 7 : 158 (Chapter 7, verse 158)

Say, [O Muhammad], "O mankind, indeed I am the Messenger of Allah to you all, [from Him] to whom belongs the dominion of the heavens and the earth. There is no deity except Him; He gives life and causes death." So believe in Allah and His Messenger, the unlettered prophet, who believes in Allah and His words, and follow him that you may be guided.

maksud Ayat Al-Quran ini
Hendaklah kamu ikut nabi semoga dapat hidayah



..........................................................................................

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DISEBUT JELAS DALAM
AL-QURAN, TETAPI PANDUAN DIAMBIL DARI HADITH



SOLAT

Al-Quran hanya menyebut 7 perkara tentang solat

1. Aqhi Mus shola
    Dirikan solat

2. Solatlah kerana Allah

3. Khusuk

4. Beri perhatian

5. Rukuk

6. Sujud

Al-Quran tidak menyebut Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak
Panduan waktu ini diambil dari hadith.


Al-Quran tidak menyebut BERAPA ROKAAT subuh, Zohor,
Asar, Magrib dan Isyak.




..........................................................................................................................................



MAKAN BENDA HARAM


Al-Maa'idah 5:3 (Chapter 5, Verse 3)

Prohibited to you are dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah , and [those animals] killed by strangling or by a violent blow or by a head-long fall or by the goring of horns, and those from which a wild animal has eaten, except what you [are able to] slaughter [before its death], and those which are sacrificed on stone altars, and [prohibited is] that you seek decision through divining arrows. That is grave disobedience. This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion. But whoever is forced by severe hunger with no inclination to sin - then indeed, Allah is Forgiving and Merciful.


Ayat-Al-Quran tersebut antaranya menyatakan bahawa;

Dilarang makan bangkai, daging babi.....


TIDAK disebut, kulit babi, tulang babi,
Ular, Tikus, etc,
adakah golongan yang menolak Hadith akan 
memakan ini semua.


.................................................................................................



HAJI & UMRAH


TIDAK disebut di dalam Al-Quran sewaktu mengerjakan
Ibadah Haji, tidak boleh pakai pakaian berjahit.


TIDAK sebut jumlah pusingan TAWAF ialah 7



.............................................................................................



TAYAMUM UNTUK JUNUB

Seorang sahabat, bermimpi basah, 
dia perlu mandi junub, sedangkan air tiada, 

Yang dia faham, tayamum untuk wudhuk sahaja,

Maka dia berguling-guling atas pasir,
agar seluruh tubuh terkena pasir,
dengan harapan mengganti mandi wajib
seperti orang bertayamum dengan pasir
bagi mengganti mandi wajibnya

Setelah itu, dia bertanya dengan 
Baginda Rasulullah saw,
adakah begitu caranya bertayamum
(menggunakan pasir dengan mengguling-gulingkan
badannya) untuk menggantikan mandi wajib,

Baginda Rasulullah saw menjawab:

tayamum mengganti mandi wajib,
perbuatannya sama seperti
TAYAMUM menggantikan WUDHUK
(Tak perlu berguling-guling di atas pasir,
cukup tayamum seperti amil wudhuk dah
cukup cover mandi wajib)


...................................................................................................................................



Ayat-Al-Quran;
"Tidak berdosa minum arak, bagi yang 
beriman, bertaqwa dan beramal soleh"

sahabat salah faham, menyangka, kalau 
beriman, bertaqwa dan beramal soleh
boleh minum arak (tak berdosa)

tetapi sebenarnya, kisahnya sebenarnya ialah;-

Dulu, para sahabat minum arak
(kerana belum ada larangan minum arak)

Kemudian datang ayat larangan minum arak,

Para sahabat, takut dengan dosa mereka
minum arak pada masa lalu
(iaitu masa sebelum turun ayat larangan
minum arak ini)

mereka bertanya, 
"Bagaimana dosa kami minum arak dulu-dulu
sebelum datang ayat ini, adakah Allah kira dosa 
juga, sedangkan dulu belum turun ayat larangan arak?"

So Allah turunkan ayat di atas,
bermaksud dosa-dosa mereka yang lepas
minum arak Allah telah ampunkan
kerana mereka kini meninggalkannya
dan mereka telah beriman, bertaqwa dan
beramal soleh.



.............................................................................................



HADITH PALSU = TERUNG

"Terung bagi apa yang diniatkan"

Ulamak mengkaji hadith ini,
mendapati hadith ini dicipta oleh 
seorang penjual terung bagi tujuan
melariskan terung jualannya.

.......................................................................................................................................

Hadith tentang LALAT MASUK DALAM MINUMAN


Hadith Baginda Rasulullah saw  bersabda:
"Jika jatuh lalat ke dalam minuman, 
celup kedua-dua sayapnya"

kerana salah satu dari sayap itu mengandungi racun 
dan 1 lagi mengandungi penawar


Ulamak ada yang berpendapat:

Hadith ini kena tengok keadaan masyarakat setempat

Pada masa itu masyarakat Arab, tinggal di padang pasir,
susah mendapatkan air


.........................................................................................

ADAKAH DALAM AL-QURAN PENJELASAN TENTANG

1. Berapa % kadar zakat

2. 

















Umar Al-Khattab


UMAR adalah ANAK SAUDARA ABU JAHAL

Baginda Rasulullah saw berdoa agar salah seorang dari
2 umar masuk Islam

1. Umar Al-Khattab

2. Umar bin Hisham (Abu Jahal)

Turun Ayat Thoha, dibaca oleh adiknya Fatimah,


UMAR AKTIVITI 

1. Hari-hari Berzina
2. Hari-hari Berjudi
3. Pernah bunuh 4 orang Islam
4. Siksa 11 orang Islam

Bila dipukul selepas memeluk Islam
Orang nak beri bantuan, dia menjawab
"tak perlu tolong, aku nak rasa bagaimana sakitnya
ketika aku memukul orang-orang Islam dulu"


Ketika menjadi khalifah, sahabat-sahabat
 datang jumpa Umar dan berkata;
"jangan ketak sangat, jgn tegas sangat, slowdown sikit
cool macam Abu Bakar"


Allah kata;
"kalau hijrah sungguh-sungguh, pasti berjaya"


Major Daud
Kuliah Magrib
Tmn Bukit Teratai
2 Mac 2014

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Umar Al-Khattab


Rakyat sendiri tak kenal dia

1 Hari dia ke pasar
Jumpa orang tua bawa bag besar terjatuh
dia tolong bawa beg tu
orang tua tu berkata;
"Terima kasih nak, kalau nak harapkan Umar
Khalifah, 1 pun tak boleh harap"
kata orang tua itu kepada Khalifah Umar yang 
tolong membawa barang itu.


................................................................................................................................................................


Umar dengan pengembala

Umar jumpa pengembala,
Umar tanya : "saya nak beli kambing ni boleh?"
Pengembala ;  "tak boleh, ni bukan saya punya"
Umar       : Tuan kau tak tahu kalau kau jual sekor sahaja
Pengembala : tak boleh

setelah beberapa kali di desak umar untuk 
membeli kambing itu, akhirnya pengembala itu berkata

"Kalau tuan aku tak nampak, tapi Allah nampak
aku menjual kambing tanpa kebenaran tuanku"




Mohamad Mustafa
Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kuliah Magrib 15 Mac 2014
Surau Tmn Bkt Teratai


.......................................................................................................................................