Cari Blog Ini

Sabtu, 11 Januari 2014

Najis Khinzir

NAJIS KHINZIR

Seseorang bimbang bekas atau pakaiannya terkena najis khinzir. Apakah yang harus dilakukannya?

Jawapan: Pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Sekadar rasa macam terkena belum wajib untuk dicuci. Jika dia ingin mencuci kerana sangkaan itu, itu pilihan sendiri.
Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab. Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air sehingga hilang kesan tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tiada dalil pun yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Apa yang ada dalil wajib basuh jilatan anjing sebanyak tujuh kali dan satunya dari air tanah. Mazhab al-Imam al-Syafii mengkiaskan babi seperti anjing dalam hal ini.

Namun pendapat yang menyatakan khinzir dibasuh seperti najis lain bukan seperti anjing, iaitu tidak memerlukan air tanah, hanya memadai sehingga hilang kesan sahaja, pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun ini berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut.

Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i (meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim.

sources: Dr MAZA

Was-Was

Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah. Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit yang buruk ini.

Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.
Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi s.a.w yang mudah dan senang dalam ibadah, terpengaruh dengan pandangan yang menyusahkan orang ramai dengan berbagai petua yang membebankan, dan juga terlalu melayan gangguan perasaan. Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w” (Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)

References: Dr MAZA's Facebook

Ikhtiar Mudah Bersalin

IKHTIAR MUDAH BERSALIN


Agar isteri dapat melahirkan dengan mudah tanpa gangguan, hendaklah menjelang tidur mengusap-usap pusar isteri tiga kali sambil membaca ayat 191 dari Surah Ali Imran iaitu:



1.  Isteri yang mendapat redha suami, In Sha Allah, 
    Allah akan permudahkan sebagaimana dia telah 
    mempermudahkan urusan suaminya.

2.  Doa suami untuk isterinya amat mustajab, 
     suami-suami munajatlah kepada Allah.

3. Isteri di saat nak bersalin, 
   mohonlah ampun dan maaf dari suami agar bersih dari semua dosa.
   Jangan berahsia dengan suami terutama tentang 
   perkara-perkara yang dia perlu tahu.

4. Suami ucapkanlah kepada isteri 
   "abang redha, abang ampun semua dosa dan 
    halalkan segala-galanya"  dengan ikhlas 

5. Sama-sama berdoa, terutama pada waktu-waktu mustajab doa.

6. Iktiar dengan makanan tambahan untuk mudah bersalin seperti Salindah.

7. Ikhtiar dengan air selusuh

8. Membaca surah Yasin.  Airnya boleh diminum dan disapu pada perut dengan membaca doa di atas.

SEGALA-GALANYA BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK ALLAH, SEMOGA ALLAH MEMPERKENANKAN DOA KITA

Jumaat, 10 Januari 2014

Imam Hassan Al-Basri dan Istiqhfar dan pencuri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
بسم الله الرحمن الرحيم 

KELEBIHAN ISTIGHFAR
أستغفر الله العظيم 

Dalam kitab مشكاة المصابيح ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang dtg kpd Imam Hasan Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu dijawab: "Beristighfarlah". Datang yg lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: "Beristighfarlah". Datang yg lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: "Beristighfarlah". Datang pula yg lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: "Beristighfarlah". Lalu ditanya mengapa jawapannya semua sama bagi soalan berbeza.

Katanya: "Ini bukan pendapatku, inilah yg Nabi Nuh a.s sebut".
Lalu membaca ayat dari Surah Nuh: 9 -12.
Semoga kita dpt melazimkan diri dgn istighfar kpdNya sentiasa.

Surah Nooh, ayat 9 - 12:

ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

"Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

اللهم أنت ربّي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شرِّ ما صنعتُ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء بذنبي فاغفرلى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.


Sources: 
Ustaz Zahazan Mohamed



....................................................................


HASSAN Al-BASRI

Abu Said Al-Hassan Ibn Hassan Al-Basri

Bapanya seorang jurutulis wahyu


Lahir di Madinah

Menyusu dengan Ummu Salamah (dikatakan ibunya)
Isteri Baginda Rasulullah saw

Lahir 642 Masihi = 21 Hijrah

Pernah berguru dengan sahabat-sahabat nabi

Ditanya Ali
Apa kebaikan agama = warak
& yang merosakan agama = tamak

takut berdukacita sepanjang hari

Pesan pada
Umar = gabenor iraq
Khalifah Yazid
jgn takut pada Yazid, takut pada Allah
Yazid tak boleh pisahkan kamu dari Allah
tapi Allah bila-bila boleh hantar malaikat ambil nyawa kamu
meninggalkan istana indah kepada kubur yang sempit

Waspada dengan dunia mainan

zuhud

MENINGGAL

Basra

Umur 89 tahun

728 Masihi
















Kata-kata Imam Al-Ghazali Ilmu Amal Ikhlas dan hargai setiap orang

Semua manusia akan rosak kecuali orang yang berilmu.
Orang yang berilmu pun akan rosak kecuali orang yang beramal,
Orang yang beramal pun akan rosak kecuali yang ikhlas...
(Imam Al-Ghazali)

sources:
ust don daniyal


\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\



Imam Syafie berkata: “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. Ust Azhar Idrus

” Saudara , saya SELALU mengHARGAi SETIAP ORANG, siapapun dia, dan saya SELALU mengHARGAi setiap KESEMPATAN”

"Jika saya berjumpa dengan ANAK-ANAK, saya menganggap anak-kanak itu LEBIH MULIA daripada saya, karena anak-kanak ini BELUM BANYAK melakukan DOSA daripada saya.”

” Apabila saya bertemu dengan ORANG TUA, saya menganggap dia LEBIH MULIA  daripada saya karena dia sudah LEBIH LAMA  berIBADAH."

”Jika saya berjumpa dengan ORANG ALIM, saya menganggap dia LEBIH MULIA daripada saya karena BANYAK ILMU yang telah mereka pelajari dan ketahui."

"Apabila saya berjumpa dengan RAKYATku, saya menganggap dia LEBIH MULIA daripada saya karena dia tidak akan DIMINTA PERTANGGUNG JAWABAN seberat saya, dan mungkin di mata Allah dia LEBIH MULIA karena lebih berTAKWA."

”Apabila saya melihat ORANG JAHIL (BODOH), saya menganggap mereka LEBIH MULIA daripada saya karena mereka membuat DOSA dalam 
keJAHILan, sedangkan saya membuat DOSA dalam keadaan MENGETAHUI."

”Jika saya melihat ORANG JAHAT, saya TIDAK menganggap kita LEBIH MULIA karena mungkin satu hari nanti dia akan INSAF dan BERTAUBAT atas kesalahannya sehingga dia DICINTAI oleh Allah."

”Apabila saya bertemu dengan ORANG KAFIR, saya mengatkan didalam hati bahwa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan DIBERI HIDAYAH oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan DIAMPUNI oleh Allah.”

Dan...

Karena sesungguhnya kita TIDAK TAHU apakah AKHIR HIDUP kita lebih LEBIH MULIA atau LEBIH HINA dari mereka.

Karena sesungguhnya kita TIDAK TAHU apakah kita akan mendapat AMPUNAN dan RAHMAT dari Allah sehingga nantinya menjadi penghuni SURGA, atau sebaliknya kita pada akhirnya TERPEROSOK  dalam DOSA di AKHIR HIDUP kita sehingga akhirnya masuk ke dalam NERAKA dan mereka SEBALIKNYA.

Karena KEMULIAAN yang sesungguhnya adalah bila dia selamat dari NERAKA dan dimasukkan oleh Allah ke dalam SURGA.

 Karena KEHIDUPAN DUNIA adalah FATAMORGANA yang MENIPU, dan  hanya Allah yang mengetaui KEMULIAAN seseorang."

Dan karena sesungguhnya Rasulullah shalallaahu ’alaihi wa sallam telah bersabda  (dari Abu Abdurahman Abdullah ibn Mas'ud ra) :

”Sesungguhnya seseorang di antara kamu dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian 40 hari menjadi segumpal darah, kemudian 40 menjadi sepotong daging.

Kemudian diutuslah seorang Malaikat untuk MENIUPKAN ROH kepadanya dan diperintah dengan 4 (macam) perintah, yaitu meNULISkan REZEKInya, AJALnya, AMALnya, dan CELAKAnya atau BAHAGIAnya.

Demi Dzat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang diantara kamu melakukan AMAL AHLI SURGA hingga tiada jarak antara dirinya dengan SURGA, melainkan hanya SEJENGKAL saja, Lalu dia didahului oleh CATATAN TAKDIRnya dan beramal dengan AMAL AHLI NERAKA, maka masuklah dia ke NERAKA.

Dan (ada pula) seseorang diantara kamu melakukan AMAL AHLI NERAKA hingga tiada jarak antara dirinya dengan NERAKA, melainkan hanya SEJENGKAL saja, Lalu dia didahului oleh CATATAN TAKDIRnya dan beramal dengan AMAL AHLI SURGA, maka masuklah dia ke SURGA”

imam Al-Ghazali

(HR. Bukhari, Muslim)



`````````````````````````````````````````````````````````

"Yang membaca Al-Quran tanpa memahaminya adalah antara yang tertipu"
Imam Al-Ghazali

Sources: Ustaz Danila Zainal Abidin



--------------------------------------------------

Imam Ghazali berkata;
"mulakan sesuatu kebaikan dengan yang mudah dahulu"


...................................................................................................................................


Imam Ghazali berkata;
"Cukuplah orang awam jika khusuk dalam solat hanya ketika
mengankat takbir"


..............................................................................................................................................



Imam Ghazali kata;
"umur ni kalau 100 tahun pun masih pendek"

........................................................................................................................................

Imam Al-Ghazali

Yang dikatakan penuntut ilmu sekurang-kurangnya
bawa kitab dan pen



Sabtu, 4 Januari 2014

http://www.azharacademy.com/scripts/prodView.asp?idproduct=2667

Umar Abdul Aziz dengan Khalifah

Suatu ketika Khalifah Sulaiman menunaikan ibadah wukuf bersama-sama Umar bin Abdul Aziz di padang Arafah sambil Khalifah Sulaiman menyaksikan lautan manusia yang berhimpun pada masa itu.  
Berkatalah Umar kepada beliau
"Hari ini mereka merupakan rakyat jelata Amirul Mukminin.  Oleh itu tuan akan dipersoalkan mengenai mereka semua di akhirat kelak."

Dalam riwayat lainnya berbunyi "mereka semua adalah musuh-musuh tuan di hari akhirat kelak" lalu Khalifah Sulaiman pun menangis sambil berkata "Hanya pada Allah kami mohon pertolongan"


Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,
Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz, (Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at Berhad, Pasir Mas Kelantan, Oktober 2002),fasal 16:72.
[Pengarang, judul, (Terbitan, Ed._, tahun) muka surat - hingga]