Cari Blog Ini

Rabu, 5 Mac 2014

Bersalaman

BERSALAMAN


Tangan yang sedang bertaut itu menghapuskan
dosa antara satu sama lain


Hadis dari Saidatina Aisyah, Baginda Rasulullah bersabda;
"Tidak sama sekali aku bersalaman dengan wanita ajnabi"
Sources; Ust Nuruddin


Kalau salam lelaki dengan wanita tetapi berlapik?

Boleh, selagi tidak ada nafsu

kalau menimbulkan nafsu HARAM

lapik dengan kain sesuai, tidak jarang
atau terlalu lembut




JIKA HENDAK MENINGGALKAN MAJLIS?

Sunat memberi ucapan salam sahaja

Tak sunat bersalaman tangan









Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Berpelukan



BERPELUKAN

Nabi cium pipi dan berpelukan hanya pada orang
yang perjalanan jauh atau lama tak jumpa sahaja


















Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Sapu muka selepas solat



Hukum menyapu muka selepas solat?

SUNAT



Merujuk kepada perbuatan Baginda Rasulullah saw

Baginda menyapu muka bermula dari ubun-ubun dan
di sapu ke bawah sembil membaca doa;


"Allahummazhab 'anil hammi wal hazan"

Ya Allah,jauhkanlah wajahku ini daripada rupa sedih dan gelisah. 


Hadis DAIF bukan MAUDHU





Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Salam cium tangan



Hukumnya HARUS
Sources : Ust Nuruddin


Ulamak Sufi kalau kita cium tangan dia,
dia akan cium balas



Orang Mesir tak suka dicium tangan,
anggap diri mereka tak layak dimuliakan sebegitu



Siapa yang layak?
Orang soleh atau orang alim, ulamak, guru
sebagai tanda hormat kita padanya


Bolehkan cium tangan orang jahil/fasik/zalim?
MAKRUH



Kalau cium tangan sebab menghormati seorang tok guru
yang menyokong kezaliman adalah MAKRUH

tapi harus jika bukan kerana menghormati peribadinya
yang zalim tetapi kerana ilmunya



Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Syurga Amal

Ust Nuruddin berkata:
"jangan tertipu dengan amal yang banyak"

merasakan kita akan masuk syurga kerana banyak
amal kita.

Kita hanya masuk syurga dengan rahmat Allah
sekalipun orang yang paling banyak beramal


























Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Makmum bangun dulu -Imam As-Syafie







Menurut pendapat Imam As-syafie
'makruh jika lepas solat kita bangun dulu sebelum Imam'

































Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli

Ucapan salam / assalamualaikum



Hukum memberi salam?

Sunat

......................................................................................................

Hukum menjawab salam?
WAJIB

...................................................................................................
Boleh jawab salam dalam hati?
Tidak sah

............................................................................................................................................................

Kalau mendengar siaran langsung wajib tak menjawab salam?

Tidak wajjib menjawab salam dalam TV atau radio sekalipun
secara live/ siaran langsung

Yang wajib hanya 'face to face' sahaja


..........................................................................................................................................

SIAPA BOLEH BERI SALAM PADA SESIAPA?

1. Orang tua patut beri pada orang muda

2. Mak budak (wanita berumur kira-kira ibu kita) tidak
    haram memberi salam kepada lelaki yang lebih  muda
    umur peringkat anak-anaknya.

3. Orang lelaki muda beri salam pada wanita muda
    haram dengan niat mengurat


.............................................................................................................................................






DI MANA MAKRUH BERI UCAPAN SALAM?

1. Dalam toilet 

2. Ketika masuk ke majlis yang tengah bersidang
    e.g kelas pengajian yang sedang berlangsung

3. Masa orang tengah rancak berbual/
    atau sedang khusuk dengan apa-apa urusan

4. Masa orang tengah-tengah makan
    (salam dirumah kenduri dengan menghulurkan
    pergelangan tangan kerana tangan kanan ada makanan,
    perkara itu (menghulurkan pergelangan tangan) bukan
    sunnah

5. Semasa azan atau Iqamah

6. Ketika orang tengah membina sauf solat

7. Ketika orang tengah berzikir

Kesimpullah
Makruh beri salam ketika orang tengah-tengah khusuk 
melalukan sesuatu

Makruh memberi tetapi WAJIB menjawab

Jika dalam majlis zikir/kuliah pengajian, jika ada orang memberi
salam, salah seorang wajib jawab, jika tiada langsung orang
menjawab hukum berdosa.  Cukup sekadar hanya seorang menjawab.


.....................................................................................................................................................
JIKA HENDAK MENINGGALKAN MAJLIS?

Sunat memberi ucapan salam sahaja

Tak sunat bersalaman tangan


.............................................................................................................................................



Siapakah yang haram diberi ucapan salam?
Orang KAFIR









Uts Hanul Yaqin
Kuliah Magrib
Surau Tmn Bkt Teratai
Muniyatul Musolli