Cari Blog Ini

Ahad, 17 November 2013

IBUBAPA rheda

REDHA IBU BAPA



Baginda Rasulullah saw bersabda;
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa""


Rasulullah saw bersabda;
"Celakalah, celakalah, celakalah.” Ditanyakann kepada beliau: “Siapakah yang celaka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Siapa saja yang menemui orang tuanya yang sudah tua, salah satunya atau keduanya kemudian tidak dapat masuk syurga."  


Janji Allah bahawa makbul doa ibubapa

Redha ibubapa adalah kunci keberkatan dan kunci syurga bagi seorang anak

Sources:
Khutbah Jumaat Masjid UTM 15 Nov 2013

Keberkatan Dalam Berkhidmat Kepada Ibu Bapa

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama melihara ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Bangkitkan di dalam jiwa kita keazaman untuk menegakkan segala perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala laranganNya.

Saudara sekalian,
Ketika kita masih kecil, ibu dan bapa kita merupakan segala-galanya untuk kita. Merekalah insan yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita. Mereka jugalah merupakan wira atau jaguh kepada kita. Kita melihat bagaimana ibu dan bapa kita meskipun sibuk dengan pekerjaan namun mereka masih mempunyai tenaga untuk mendidik kita, bermain dengan kita, menghantar kita ke tempat-tempat menarik dan sebagainya. Merekalah yang telah dipilih Allah s.w.t. untuk merawat kita dalam kesakitan dan memelihara kita daripada segala bahaya dan ancaman.

Kita terpaksa bergantung kepada mereka untuk segala keperluan kita. Kemudian pada suatu masa kita dapati wira dan wirawati yang pernah mampu melakukan segala-galanya untuk kita mula berubah. Mereka sudah tidak sekuat dahulu. Kaki yang dahulunya mampu untuk membawa kita ke pelbagai tempat, tiba-tiba tidak lagi bermaya meskipun untuk memanjat beberapa anak tangga.

Mereka yang pernah suatu ketika selalu riang menjadi mudah tersinggung perasaannya tanpa kita sedari. Itulah sunnatullah dalam kehidupan ini. Manusia akan berubah bukan hanya daripada sudut fizikal tetapi juga daripada sudut emosinya dengan meningkatnya umur. Ini bukan suatu penyiksaan bahkan suatu kelebihan yang diberikan Allah s.w.t. kepada insan agar mereka ketika waktu senja mereka dapat lebih memberikan tumpuan kepada tempat pulang mereka yang abadi di sisi Allah.

Jika pada waktu mudanya manusia akan sibuk mengejar kemewahan material, sibuk dengan pekerjaan dan urusan hidup. Namun apabila mereka mula menua, semua nikmat itu dikurangkan agar mereka dapat lebih ingat akan ketibaan saat kematian yang pasti. Ia digantikan dengan kelebihan jiwa yang lebih sensitif dan lunak agar lebih mudah dekat pada Allah s.w.t.

Ketika perubahan ini berlakulah maka Allah s.w.t. mengingatkan kita sebagai anak didalam surah Al-Isra' ayat 23:

Yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Allah s.w.t. Maha Mengetahui keadaan emosi manusia pada waktu tua. Oleh itu, Dia mengingatkan manusia untuk amat berhati-hati dalam hubungan dengan ibu bapa dan jangan menuturkan sesuatu perkataan pun yang mungkin mempunyai nada yang menyinggung perasaan mereka.

Untuk mereka yang sudah menjadi ibu dan bapa di dalam masjid ini sekarang, mereka pasti mengetahui bahawa membesarkan anak itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai pengorbanan kesenangan dan keselesaan serta kadang kala kesengsaraan yang perlu dilalui ibu dan bapa di dalam membesarkan anak-anak.

Di atas pengorbanan inilah maka kedua ibu dan bapa kita diberikan oleh Allah s.w.t. darjat yang tinggi. Oleh itulah, kita dapati hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Shahihnya yang bermaksud:
“Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan orang tua dan kemurkaan Allah itu juga terletak pada kemurkaan orang tua.”

Kadang kala kita keluar mengembara mencari doa orang-orang yang soleh beribu batu jauhnya. Tetapi kita lupa kemuliaan yang ada pada kedua ibu bapa di rumah serta makbulnya doa mereka untuk kita saudara. Santunilah mereka selagi ada peluang saudara. Jangan kita sia-siakan mereka kerana pada mereka terletak kunci keberkatan dan syurga.

Semestinya di dalam menyantuni dan menjaga ibu bapa yang sudah berumur terdapat cabaran-cabaran tersendiri, sepertimana kita membesarkan anak. Namun beberapa perkara dapat diperhatikan agar ia tidak terlalu menyulitkan.

Pertama: Tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah amanah yang dipikul sama di antara anak lelaki dan perempuan. Hanya kerana ada di antara adik beradik kita telah menjaga ibu dan bapa, itu tidak bermakna kita boleh berlepas tangan. Kita wajib berkongsi sama dan menjaga mereka dengan adil. Kita harus memberi sokongan emosi, kewangan dan tenaga kepada mereka yang menjaga ibu bapa kita sepenuh masa. Jika saudara kita sudah kepenatan merawat mereka maka kita pula perlu memain peranan membantu agar mereka dapat juga berehat dan bersama keluarga mereka.

Kedua: Kita perlu membetulkan pandangan bahawa menjaga ibu dan bapa meskipun ada kalanya mencabar, adalah bukan suatu bebanan bahkan ia membawa keberkatan. Saudara, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di dalam hadith yang diriwayatkan Imam Muslim:
"Celakalah, celakalah, celakalah.” Ditanyakann kepada beliau: “Siapakah yang celaka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Siapa saja yang menemui orang tuanya yang sudah tua, salah satunya atau keduanya kemudian tidak dapat masuk syurga."  

Janganlah sampai kita terlepas peluang meraih syurga. Pastikan kita berusaha berkhidmat kepada ibu bapa sehingga apabila ajal datang menjemput mereka kita tidak merasa terkilan dan menyesal. Ingatlah saudara apabila mereka sudah diundang Allah s.w.t., maka hilang satu keberkatan yang tidak ternilai daripada kehidupan kita. Tanamkan di dalam anak-anak kita nilai dan cinta kepada orang tua dengan kita sendiri mengasihi dan menjaga mereka.

Adalah amat membimbangkan apabila baru-baru ini saudara, akhbar telah melaporkan bahawa jumlah kes anak mendera dan menyakiti ibu bapa yang tua semakin meningkat di Singapura. Tren ini tidak boleh kita biarkan berleluasa. Maka kita perlu memulakan dengan keluarga kita sendiri.
Ketiga: Pastikan kita mengenang ibu dan bapa selalu di dalam doa kita setiap masa. Saudara, sama ada ibu dan bapa kita masih bersama ataupun sudah tiada jangan pernah putus mendoakan kesejahteraan dan kebaikan mereka. Sekurang-kurangnya ingatlah apa yang diajarkan oleh Allah s.w.t. di dalam surah Al-Isra’ ayat 24:

Yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Saudara sekalian,
Ibu bapa kita tidak pernah bakhil di dalam mencurahkan kasih sayang kepada kita sehingga kita ini dapat hidup dengan baik. Oleh itu, sekiranya mereka ada melakukan kesilapan hendaklah kita berusaha memaafkan kelemahan itu. Jangan biarkan syaitan menguasai dan menghasut kita ini menjadi anak yang kemudian durhaka dan gagal meraih syurga.
Semoga Allah s.w.t. memberi kita keikhlasan dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada orang tua kita sama ada mereka masih di dunia mahupun telah meninggalkannya. Semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa dan noda ibu dan bapa kita dan mencurahkan rahmahNya ke atas kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

 sources:
Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

15 November 2013 / 11 Muharram 1435



Isnin, 11 November 2013

AMALAN NABI



Amalan harian Baginda Rasulullah saw:-

1. Solat malam 8 rokaat

2. Istighfar 100 kali

3. 1 rokaat baca surah Al-Baqarah dari ayat pertama hingga habis
   (Surah Al-Baqarah = 3 juzuk)


Baginda Rasululla bersabda :

"Solat jemaah lebih afdal 27 kali dari solat sendirian"



FEKAH KEUTAMAAN

Fatwa Yusuf Al Qaradawi:-

"Derma untuk umat Islam bagi menyelamatkan nyawa, maruah dari diperkosa, rumah dari dimusnahkan, dizalimi, dibunuh, menyelamatkan harta mereka (seperti Palestine, Syria etc) adalah lebih wajib dan afdal dari amalan-amalan sunat lain"


Kuliah Zohor Masjid UTM KL
11 Nov 2013



Renungan:
Miskin bukan kerana kurang harta, tapi kerana merasa tidak cukup walaupun telah memiliki segala-galanya

Sources: Khutbah Jumaat Masjid UTM KL
         8 Nov 2013

Ahad, 10 November 2013

Perkahwinan dalam Islam

MUDAH SEBENARNYA PERKAHWINAN DALAM ISLAM


MAJLIS KENDURI (WALIMAH)
Tidak semestinya ‘ditumbangkan' seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan.



Baginda Nabi saw bersabda:
"Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


LAFAZ AKAD NIKAH
Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut, "Saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah", lalu bakal suami menjawab: "Saya terima, atau saya bersetuju" atau mungkin ditambah "Saya terima nikahnya" atau "saya bersetuju bernikah dengannya" seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi'i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.

Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

"Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: "Nikahkan saya dengan anak perempuan awak", lalu si bapa itu menjawab: "Aku nikahkan engkau". Atau si bapa berkata kepada bakal suami: "Bernikahlah dengan anak perempuanku". Lalu bakal suami menjawab: "Aku nikahinya". Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab badawi itu berkata:"Nikahilah dia denganku". Jawab Nabi s.a.w.: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu". (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:

(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: "Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan", lalu dia menjawab: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima").

Juga Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut yang bermaksud:

(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: "Apa yang awak ada (mahar)?", atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: "Aku nikahkan engkau dengannya", maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah.

Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah


Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah.

Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: "Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan". (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: "Aku terima nikahnya".



PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN adalah bekas mufti Perlis.

Sources:http://www.malaysiakini.com/columns/245949

Sabtu, 9 November 2013

Hati Tenang cara Rasulullah





Seorang sahabat mengadu pada Baginda Rasulullah saw tentang hatinya yang tidak tenang,

Kemudian Baginda Rasulullah saw bersabda:

"Berilah makan pada fakir miskin, tunaikan hajat orang yang memerlukan, bantu keperluan orang lain dan usap kepala anak yatim"

Hadis Riwayat Imam Ahmad



Begitulah cara untuk melembutkan hati dan mencari ketenangan.

Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling banyak manafaat dan faedahnya kepada orang lain"

Jika kita menggembirakan hati orang lain, maka kita adalah orang yang Allah peluk dalam kasih sayangnya.




Rasulullah bersabda:

"sesiapa yang membantu orang lain, melangsaikan hutangnya atau mengatasi kesulitannya atau menyelesaikan masalahnya, maka itu lebih baik dari sebulan beriktikaf di Masjid Nabawi"




Sources :Khutbah Jumaat Masjid UTM KL 8 Nov 2013

Ampunkan dosa orang dengan kita sebelum tidur


1 hari seorang lelaki masuk ke dalam masjid dalam keadaan berwuduk dengan janggut yang masih basah.

Apabila melihat lelaki ini Baginda Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat di sekeliling baginda dengan berkata :

"Telah masuk seorang Ahli Syurga"


Pada hari kedua lelaki tersebut sekali lagi masuk ke dalam masjid dalam keadaan berwuduk dengan janggut yang masih basah.

Apabila melihat lelaki ini Baginda Rasulullah saw sekali lagi bersabda kepada para sahabat yang sedang berada di sekeliling baginda dengan berkata :

"Telah masuk seorang Ahli Syurga"


Kali ketiga pun Rasulullah saw bersabda dengan kata-kata yang sama.


Kerana ingin mengetahui rahsia lelaki yang telah dijanjikan syurga ini, ada antara sahabat yang mengintip rahsia amalan lelaki ini dengan menumpang tidur dirumahnya.

Walaubagaimana didapati lelaki ini hanya beribadat seperti orang biasa sahaja, rupa-rupanya dia setiap kali hendak tidur akan berkata "dengan ini aku mengampun semua dosa-dosa orang Islam kepadaku kerana Allah swt"

Khamis, 7 November 2013

Hadiah, Anak kecil, orang tua, karenah manusia

Rasulullah kata :

 "Selalu bagi hadiah, kamu akan disayangi"


"Bukan dikalangan kami orang yang tidak menyanyangi anak kecil dan orang tua"


Allah berfirman
"Tidakkah boleh kamu bersabar dengan karenah-karenah manusia"





Ustz Norhafizah Musa UTM

Umar baju lebih sehelai

Saidina Umar ketika menjadi Khalifah pernah ditegur kerana bajunya lebih sehelai

source : Dr MAZA