Baginda Rasulullah saw bersabda;
HADIS "Jadilah kamu di dunia seperti orang musaffir
(merasakan dunia ni sementara/bukan kampung kita)
HADIS "Kalau 3 jadikan salah seorang dari kamu imam (pemimpin)"
(menunjukkan tidak boleh ada 2 pengemudi, nanti hura hara/
sistem yang diterapkan, perpaduan)
..............................................................................................................................
Syair Imam Shafi'e
Merantaulah / melancunglah / jalan-jalanlah
(merasakan risau dan takut tentang masa depan,
tentang perjalanan yang akan ditempuhi dan
bekalan yang mungkin cukup atau mungkin tidak)
FAEDAH MERANTAU / MELANCUNG
1. KESATUAN HATI
Ada masa :-
abah marah anak,
anak marah abah,
anak-anak gaduh sesama sendiri,
tapi bila melancung kita akan bersama-sama
susah dan senang menempuh suasan dengan
BERSATU HATI
Itu sebab syarikat sanggup mengeluarkan belanja
berpuluh-puluh untuk kakitang beriadah / berjalan-jalan
sebab kesannya boleh mengeratkan hubungan dan membaiki
suasana kerja
----------------------------------------------------------------------------------
2. MENCARI WANG NAFKAH
--------------------------------------------------------------------------------
3. KENAL TEMAN SEJATI
Bila menempuh perjalanan akan melalui susah dan senang
maka kita boleh tengok dan KENAL siapa, jenis orang tu jenis
yang macammana, e.g.
- kuat merungut
- malas suka minta tolong orang saja
- Mengarah
- Mengongkong
--------------------------------------------------------------------------------------
4. CARI ILMU
Habiskan mencari ilmu dengan guru di
tempat sendiri dulu
Syarat mencari Ilmu mesti mengembara
----------------------------------------------------------------------------------
5. MENGETAHUI ADAB TEMPAT ORANG
Pengalaman kita akan berbeza begitu juga
ulamak boleh memberi pendapat berbeza kerana
memahami banyak situasi orang awam berbanding
ulamak yang duduk di satu tempat sahaja kerana
hanya mengetahui situasi itu sahaja
Boleh beri jawapan berbeza kerana pernah melihat
situasi masyarakat yang berbeza
e.g. Dr MAZA mengajar di Oxford University
e.g. Ucapan selamat hari Krismas
Ulamak Saudi & Yaman mengatakan haram
sedangkan ulamak yang berada di Eropah akan
memberi hukum berbeza kerana pengalaman dan
pengetahuan mereka tentang situasi di Eropah
.........................................................................................................................
Syeikh Daud Fathoni
Belajar di Masjidil Haram
Selepas belajar dia ditawarkan mengajar
di Masjidil Haram kerana kebijaksanaannya.
Group 1
pakar dalam bidang ............
tertentu :
/\ V
: group 2
: pengajar pakar dalam
: bidang tertentu
: \
: \
: Group 3
Masjidil Haram sampai mahir
dalam sesuatu bidang
Tidak naik dari 1 bidang ilmu selagi tak mahir
tak berpindah sehingga mahir
Sebab tu mereka bila habis mengusai banyak cabang ilmu
keberkatan belajar di sana;
1. Pengajar - tak fikir gaji
2. Pelajar - tak fikir yuran
> kerana ditanggung gaji dan yuran oleh Baitulmal
Allah berfirman;
"Bersiar-siarlah dibumi, lihatlah kesudahan orang yang berdusta"
MUNAFIK
Ayat Al-Quran
Surah Al-Baqarah
ayat 1 - 5
Kisah orang beriman
- Solat, Percaya benda ghaib,
zakat, percaya nabi
Ayat 6-7
Kisah orang kafir
- Di hati mereka Allah tutup
- Kita berhujah dengan Bible pun
hatinya tak terbuka
Ayat 8-20
Kisah orang munafik
- Bincang mengenai orang munafik
sebanyak 13 ayat (berat ni, kisah orang
beriman 5 ayat, kisah orang kafir 2 ayat saja,
kisah orang munafik sampai 13 ayat
beratnya tentang orang dalam yang belot)
- Mereka ni boleh baca Al-Quran dengan sempurna,
sedap, pandai Bahasa Arab, Solat sauf depan, datang
jemaah lebih awal, cakap baik sokong Islam tapi...
(begitulah contoh orang dalam yang belot)
Dalam AL-QURAN mereka dikatakan KAFIR
KITA TIDAK BOLEH kata mereka kafir di dunia ni
tetapi di akhirat mereka akan ditempatkan di neraka
paling bawah,
teruk dari neraka Jahannam
Munafik lebih bahaya dari kafir
e.g. Orang Islam menipu kita
sedangkan dibelakangnya ada orang
belum Islam (tuan yang diturutinya),
Maka kita lebih mudah percaya dari
ditipu oleh orang bukan Islam
sama seperti bangsa kita menipu kita
sendiri sedangkan dibelakangnya ada
pihak ketiga.
HADIS Baginda Rasulullah saw bersabda;
"Siapa ada 4 perkara maka dia betul-betul munafik,
kalau adalah salah satu dari 4 maka pada dirinya
ada 1 cabang munafik sehingga dia meninggalkan
yang satu itu"
Nabi tak pernah sebut nama orang munafik
PERANG UHUD
1,000 orang datang nak berperang.
Orang munafik datang paling awal.
300 orang balik bila termakan hasutan orang munafik ini.
SIFAT-SIFAT ORANG MUNAFIK
1. BILA CAKAP DIA DUSTA
Allah berkata melalui hadis
"Hendaklah sentiasa jujur
kerana kejujuran memandu kamu kepada kebaikan,
Kebaikan membawa kamu ke syurga, &
berhati-hati dengan dusta,
sebab kedustaan membawa kepada dosa, &
dosa membawa ke kepada neraka'
ertinya ;
Jujur bergantung kepada kebiasaan
1 dusta,
akan melahirkan lebih banyak dusta
bagi menutup kedustaan yang pertama
Dusta yang dibolehkan
1 hari Ibnu Hajar Haitami
ketika mengajar
seorang pencuri masuk ke jubahnya
Datang orang mahu menangkap pencuri
Mereka bertanya;
"Adakah nampak seorang pencuri melalui sini"
Ibnu Hajar Haitami menunjukkan tangannya
ke jubah dan berkata "di sini"
Mereka hairan, adakah patut mengangkat jubah
tuan guru yang sedang mengajar ini.
Selepas itu, anak muridnya bertanya,
kenapa dia menjawab begitu dan menyelamatkan
seorang pencuri. Kata mereka:
"bukankah lebih baik, pencuri itu dibawa ke penjara"
Jawapan Ibnu Hajar Haitami;
"Aku yakin dia akan lebih selamat
dan akan jdi orang baik, kerana jika
dipenjara dia akan bercam[ur dengan orang-orang
yang lebih jahat (nanti dia akan belajar pula
disana tentang kejahatan-kejatahatan yang lebih besar,
e.g. dari curi motor ke curi kereta)
.....................................................
Suatu hari Baginda Rasulullah saw mengejar
Abu Sufian (belum masuk Islam)
Bila Abu Sufian hilang,
Baginda Rasulullah saw bertanya kepada
1 kabilah pedagang.
Kabilah dagang memberi syarat dengan berkata:
"kamu dari mana, jika kamu menjawab, kami akan
menjawab ke mana Abu Sufian melarikan diri"
Baginda menjawab;
"Aku dari air"
(ertinya aku dari bandar/tempat itu***)
boleh berdusta yang dibenarkan
TETAPI TIDAK BOLEH SELALU
Nabi Laknat peniaga yang berkata
dusta tentang produknya.
Peniaga kedai emas,
Masa jual, timbang sekali dengan
tag dan benang, sedangkan itu dah
berat beberapa milligram,
Kalau 100 barang macam tu,
berapa berat dah terkumpul dari
tag dan benang,
tapi
bila jual timbang, tag dan benang
dah tiada, maka harga jual dan harga
beli tidak adil kerana masa jual ada
berat tag dan benang, tetapi masa beli
balik barang kemas tiada tag dan benang.
Kalau CV cerita bakat/kebolehan kita
berlebih-lebih dari hakikat,
dengan sebab itu dipanggil temuduga,
dari situ dapat kerja,
maka gaji adalah SHUBAHAH
Meniru dalam peperiksaan
Kalau tak meniru dapat grade 2,
dengan gaji RM1,000.00 tapi bila meniru
kita dapat Grade 1, dibayar gaji RM1,500.00
maka beza gaji itu adalah tidak adil
sebanyak RM500.00.
Kata Ulamak Husaimin, Bekas Mufti Saudi;
"Suami Isteri yang minta dicintai,
tetapi
tidak menyintai
Itupun dusta juga"
Orang yang meminta haknya,
tetapi melupakan hak orang lain
yang sepatutnya diberikan olehnya"
2. JANJI DUSTA
3. JANJI KIANAT
Ada pendapat mengatakan 3 sahaja
kerana item 2 & 3 (tentang janji)
adalah perkara yang sama.
4. BERTENGKAR DIA MELAMPAU
Hamzah adalah:-
1. Bapa Saudara yang sebaya
2. Teman main masa kecil
Baginda Rasulullah saw ditegur Allah
kes Hamzah kerana rasa berdendam
dengan pembunuh Hamzah (namanya syurah)
Turun Ayat Al-Quran
"Kalau kamu di siksa,
balaslah dengan siksa yang sama,
tidak boleh lebih,
namun,
jika kamu memaafkan,
itu adalah lebih baik"
"Dan jika memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yg sama dgn siksaan yg ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yg lebih baik bagi orang-orang yg sabar.."
[TQS An-Nahl : 126]
Yahudi tidak dakwah masuk agama mereka
Bagi mereka agama mereka untuk mereka sahaja
kerana mereka bangsa pilihan, bangsa yang mulia,
datang dari tuhan, sedangkan bangsa lain,
adalah bangsa yang hina.
tetapi
mereka akan membawa kita
mengikut cara hidup mereka
..................................................................................................................................
4 PERIWAYAT bernama Abdullah
Abdullah bin Mas'ud
Abdullah bin Umar bin Al-Khattab
Abdullah bin Ruwaihah
Abdullah bin Abbas
Cerita Abdullah bin Umar
surah ke 35
Abdullah tidak faham makan Fathir
kerana tiada makna Fathir dalam bahasa Arab
1 Hari dia pergi ke kampung orang Badwi (kawasan asal, pedalaman)
bertemu 3 orang berebut perigi,
orang pertam kata : Perigi aku punya
Orang kedua kata : Alu Ciptakan perigi
maknanya Fathir itu yang menciptakan dalam bahasa Badwi
Dr Muhammad Choirin
Pengajian Persijilan Awam Syariah
Sem 1 / 19 April 2014
Pengajian Hadith Ahkam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan